Saturday, February 20, 2010
Vandalisma
Walaupun bangunan in tidak diduduki sepenuhnya (tidak semua unit diduduki) sudah ada tanda-tanda budaya vandalisma sudah mula bertapak di taman ini. Budaya vandalisma harus dibendung dari sekarang sebelum terlambat.
Panel Lif di tingkat 17 sudah dikopek keluar (lihat gambar). Kita sebagai penduduk di sini harus menegur sesiapa saja yang melakukan perkara-perkara begini. Bangunan ini hanya mempunyai dua buah lif sahaja (satu lagi tanda projek tidak memenuhi piawaian minima) jadi kerosakan lif sudah pastinya akan menimbulkan banyak masalah kepada penduduk.
Pihak pemaju atau pihak pentadbiran juga haruslah memaikan peranan mereka seperti menambahkan pelindung (cover) pada panel-panel ini supaya ianya tidak mudah dirosakan. Kutipan caj pentadbiran yang begitu banyak digunakan untuk apa?
Posted by Taman Serina at 11:36 AM 3 comments
Labels: Vandalisma
Retak
Bangunan Taman Serina telah menunjukan banyak kecacatan dari segi kualiti pembinan.Walaupun ianya satu projek kos rendah tetapi saya percaya ianya tidak memenuhi piawaian kualiti minima. Satu contoh ketara yang dapat dilihat dengan mata kasar ialah keretakan pada dinding koridor. Walaupun pihak pemaju cuba menutup kecacatan ini beberapa kali dengan tampalan-tampalan yang tiada kualiti namun ianya begitu ketara kelihatan. Apakah tindakan selanjutnya? Adakah kecacatan ini akan diperbaiki dengan sepenuhnya atau tunggu sehingga perkara yang tidak dingini berlaku sebelum tindakan diambil oleh pihak yang bertanggungjawab.
Posted by Taman Serina at 11:07 AM 1 comments
Labels: retak
Saturday, February 13, 2010
AKTA BANGUNAN DAN HARTA BERSAMA(Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
Akta 663
AKTA BANGUNAN DAN HARTA BERSAMA
(PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2007
Tarikh Perkenan Diraja ... ... 12 Februari 2007
Tarikh penyiaran dalam Warta ... 13 Februari 2007
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 663
AKTA BANGUNAN DAN HARTA BERSAMA
(PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2007
SUSUNAN SEKSYEN
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Seksyen
1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
2. Tafsiran
BAHAGIAN II
PENTADBIRAN AKTA
BAHAGIAN III
PENGURUSAN BANGUNAN ATAU TANAH YANG
DICADANGKAN UNTUK PECAH BAHAGI
KEPADA PETAK
4. Penubuhan Badan Pengurusan Bersama
5. Kewajipan pemaju untuk mengadakan mesyuarat
6. Mesyuarat pertama Badan Pengurusan Bersama
7. Kewajipan Badan untuk memberitahu Pesuruhjaya nama Badan
8. Tugas dan kuasa Badan Pengurusan Bersama
9. Mesyuarat agung tahunan
10. Mesyuarat agung luar biasa
11. Jawatankuasa Pengurusan Bersama
12. Daftar pembeli
13. Hak pembeli
14. Kaedah-kaedah dalaman
15. Pembubaran Badan Pengurusan Bersama
BAHAGIAN IV
AKAUN PENYENGGARAAN BANGUNAN
16. Pemaju hendaklah membuka dan menyenggarakan Akaun Penyenggaraan
Bangunan
17. Kewajipan pemaju tentang Akaun Penyenggaraan Bangunan
18. Wang hendaklah didepositkan ke dalam Akaun Penyenggaraan
Bangunan
19. Wang tidak menjadi sebahagian daripada harta pemaju
20. Larangan ke atas pemungutan caj
21. Kewajipan pemaju berkenaan dengan caj bagi bangunan yang disiapkan
sebelum permulaan kuat kuasa Bahagian ini
BAHAGIAN V
KUMPULAN WANG PENYENGGARAAN BANGUNAN
DAN KUMPULAN WANG PENJELAS
23. Pembeli hendaklah membayar caj penyenggaraan
24. Badan Pengurusan Bersama hendaklah membuka dan menyenggarakan
kumpulan wang penjelas
BAHAGIAN VI
EJEN PENGURUSAN
25. Pelantikan ejen pengurusan
26. Kebebasan ejen pengurusan
27. Ejen pengurusan hendaklah menyerah simpan bon
28. Kuasa dan tugas ejen pengurusan
29. Pemaju tidak dilepaskan daripada obligasinya untuk menjalankan pembaikan,
dsb.
30. Penamatan perjanjian pengurusan
BAHAGIAN VII
DEPOSIT DAN MENDAPATKAN CAJ
harta bersama
32. Mendapatkan caj oleh Badan Pengurusan Bersama
33. Mendapatkan tunggakan caj
34. Kegagalan atau keengganan untuk membayar caj
BAHAGIAN VIII
PELBAGAI
35. Pewakilan dalam prosiding sivil
36. Liabiliti pengarah, dll.
37. Penyampaian notis atau perintah
38. Kuasa masuk
39. Pemeriksaan orang yang tahu tentang kes
40. Kuasa untuk mengkompaun
41. Rayuan kepada Pihak Berkuasa Negeri
42. Peraturan-peraturan
43. Pendakwaan
44. Ketidakpakaian undang-undang bertulis lain, kontrak dan surat ikatan
45. Berkontrak keluar dilarang
46. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
JADUAL PERTAMA
JADUAL KEDUA
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 663
AKTA BANGUNAN DAN HARTA BERSAMA
(PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2007
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penyenggaraan
dan pengurusan bangunan dan harta bersama dengan sempurna,
dan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya.
BAHAWASANYA adalah suai manfaat bagi maksud memastikan
keseragaman undang-undang dan dasar untuk membuat undangundang
berkenaan dengan kerajaan tempatan yang berhubungan
dengan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta
bersama di dalam Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan
Labuan:
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, menurut Fasal (4) Perkara 76
Perlembagaan Persekutuan, DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia
seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bangunan dan Harta
Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007.
(2) Akta ini hendaklah hanya terpakai bagi Semenanjung
Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
(3) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa di setiap Negeri
pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding
dengan Pihak Berkuasa Negeri, berhubung dengan Negeri itu
melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh, selepas
berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri, menetapkan tarikh yang
berlainan–
(a) bagi permulaan kuat kuasa Akta ini di dalam kawasan
pihak berkuasa tempatan atau bahagian-bahagian kawasan
pihak berkuasa tempatan yang berlainan; dan
(b) bagi permulaan kuat kuasa peruntukan berlainan Akta
ini di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan atau
bahagian-bahagian kawasan pihak berkuasa tempatan
yang berlainan.
(4) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan
Wilayah Persekutuan Putrajaya pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan
Putrajaya melalui pemberitahuan dalam Warta.
(5) Walau apa pun subseksyen (3), Pihak Berkuasa Negeri
boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, memperluas manamana
peruntukan Akta ini supaya terpakai bagi keseluruhan atau
mana-mana bahagian mana-mana kawasan di dalam Negeri itu
yang tidak berada di bawah mana-mana kawasan pihak berkuasa
tempatan; dan boleh membuat apa-apa ubah suaian, pindaan atau
pengubahan kepada peruntukan Akta ini sebagaimana yang perlu
bagi maksud pemakaiannya bagi kawasan itu.
(6) Walau apa pun subseksyen (3), Pihak Berkuasa Negeri boleh,
melalui pemberitahuan dalam Warta, mengecualikan mana-mana
bahagian mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan daripada
mana-mana atau kesemua peruntukan Akta ini atau mana-mana
peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(7) Pihak Berkuasa Negeri boleh, jika pada pendapatnya ia
tidak akan berlawanan dengan kepentingan awam, dan kepentingan
pembeli untuk berbuat demikian, menggantung kuat kuasa Akta
ini atau mana-mana peruntukan Akta ini di dalam mana-mana
kawasan pihak berkuasa tempatan atau mana-mana bahagian
mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan atau mana-mana
kawasan lain selama apa-apa tempoh yang difikirkannya patut.
(8) Dalam Akta ini, sebutan mengenai Pihak Berkuasa Negeri
berhubung dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah
ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang bertanggungjawab
bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain—
“Akaun Penyenggaraan Bangunan” ertinya Akaun Penyenggaraan
Bangunan yang dibuka dan disenggarakan di bawah seksyen
16;
“Badan” ertinya Badan Pengurusan Bersama yang ditubuhkan
di bawah seksyen 4;
“bangunan” ertinya apa-apa objek yang didirikan di atas kawasan
pemajuan, dan termasuklah harta bersama bangunan;
“bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk pecah bahagi
kepada petak” ertinya—
(a) apa-apa bangunan atau bangunan-bangunan yang mempunyai
dua tingkat atau lebih dalam kawasan pemajuan dan
dicadangkan untuk dipecahbahagikan kepada petak-petak;
dan apa-apa tanah di atas lot yang sama yang dicadangkan
untuk dipecahbahagikan kepada petak-petak yang akan
dipegang di bawah hakmilik strata yang berasingan
atau yang baginya suatu permohonan untuk pecah
bahagi telah dibuat di bawah Akta Hakmilik Strata 1985
[Akta 318]; atau
(b) apa-apa kawasan pemajuan yang mempunyai dua bangunan
atau lebih yang dicadangkan untuk dipecahbahagikan
kepada petak tanah sebagaimana yang ditakrifkan dalam
Akta Hakmilik Strata 1985;
“Bank Negara” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan
di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519];
“caj” ertinya apa-apa wang yang dikutip oleh pemunya, pemaju,
Badan atau ejen pengurusan daripada pembeli bagi penyenggaraan
dan pengurusan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk
pecah bahagi kepada petak dan harta bersama;
“ejen pengurusan” ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh
Pesuruhjaya Bangunan di bawah seksyen 25;
“harta” ertinya mana-mana tanah di atas kawasan pemajuan,
dan termasuklah mana-mana bangunan atau sebahagian daripada
sesuatu bangunan yang telah didirikan atau sedang didirikan di
atas tanah itu, dan termasuklah juga bangunan atau tanah yang
dicadangkan untuk pecah bahagi kepada petak;
“harta bersama”, berhubung dengan sesuatu kawasan pemajuan,
ertinya sekian banyak kawasan pemajuan yang tidak terkandung
dalam mana-mana petak, seperti elemen struktur bangunan, anak
tangga, tangga, laluan kecemasan, pintu masuk dan pintu keluar,
koridor, lobi, lekapan dan pemasangan, lif, pelongsor sampah, tong
sampah, kawasan, parit, tangki air, pembetung, paip, wayar, kabel
dan saluran yang memberi kemudahan kepada lebih daripada satu
petak, bahagian luar semua bahagian bersama bangunan, padang
permainan dan kawasan rekreasi, jalan masuk, tempat letak kereta
dan kawasan meletakkan kereta, ruang terbuka, kawasan landskap,
tembok dan pagar, dan segala kemudahan dan pepasangan lain dan
mana-mana bahagian tanah yang digunakan atau boleh digunakan
atau dinikmati bersama oleh semua penghuni bangunan itu;
“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Pengurusan Bersama yang
ditubuhkan di bawah seksyen 11;
“kawasan pemajuan” ertinya mana-mana tanah beri hakmilik
yang dipegang sebagai satu lot di bawah hakmilik muktamad
(sama ada hakmilik Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah) yang
di atasnya bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk pecah
bahagi kepada petak dibina atau sedang dalam pembinaan;
“kawasan pihak berkuasa tempatan” ertinya mana-mana kawasan
dalam sesuatu Negeri yang diisytiharkan oleh Pihak Berkuasa
Negeri sebagai pihak berkuasa tempatan mengikut seksyen 3 Akta
Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171];
“kumpulan wang penjelas” ertinya suatu kumpulan wang khas
yang dibuka dan disenggarakan di bawah seksyen 24;
“Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan” ertinya Kumpulan
Wang Penyenggaraan Bangunan yang Badan itu dikehendaki
menyenggarakannya oleh seksyen 22;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan
tanggungjawab bagi kerajaan tempatan;
“nilai gantian” ertinya nilai untuk menggantikan bangunan itu
dalam hal kebakaran atau kerosakan;
“pemaju” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang (dengan
apa nama jua diperihalkan), yang memajukan mana-mana tanah
bagi maksud penempatan termasuk penempatan bagi kegunaan
komersial dan perindustrian dan termasuklah wasi, pentadbir
dan pengganti dalam hakmilik atau pemegang serah hak yang
dibenarkan orang atau kumpulan orang itu;
“pembeli” ertinya pembeli sesuatu petak;
“penghuni” ertinya orang yang menduduki bangunan itu dengan
sebenarnya, tetapi dalam hal premis bagi maksud penginapan,
tidak temasuk penginap;
“perbadanan pengurusan” ertinya perbadanan pengurusan yang
ditubuhkan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985;
“Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya Bangunan yang dilantik di
bawah seksyen 3;
“petak”, berhubung dengan–
(a) suatu bangunan yang dicadangkan untuk dipecah bahagi,
ertinya satu daripada unit individu yang terkandung dalam
bangunan itu yang (kecuali dalam hal petak aksesori)
dipegang atau akan dipegang di bawah hakmilik strata
yang berasingan; dan
(b) tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi, ertinya
satu daripada unit individu petak tanah;
“petak aksesori” ertinya mana-mana petak yang ditunjukkan
dalam suatu pelan strata sebagai petak aksesori yang digunakan
atau dicadangkan untuk digunakan bersama-sama dengan suatu
petak;
“pihak berkuasa tempatan” termasuklah mana-mana orang atau
kumpulan orang yang dilantik di bawah mana-mana undang-undang
bertulis untuk menjalankan dan melaksanakan kuasa dan tugas
yang diberikan dan dikenakan ke atas sesuatu pihak berkuasa
tempatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
“unit syer yang diumpukkan” ertinya unit syer yang diuntukkan
kepada setiap petak oleh juruukur tanah berlesen pemaju.
BAHAGIAN II
PENTADBIRAN AKTA
Pelantikan Pesuruhjaya Bangunan dan pegawai lain
3. (1) Pihak Berkuasa Negeri boleh, berkenaan dengan sesuatu
kawasan pihak berkuasa tempatan atau mana-mana kawasan
lain, melantik seorang pegawai yang hendaklah dikenali sebagai
Pesuruhjaya Bangunan dan mana-mana pegawai lain yang perlu
bagi maksud mentadbirkan dan menjalankan peruntukan Akta
ini.
(2) Pesuruhjaya, tertakluk kepada apa-apa arahan am atau khas
Pihak Berkuasa Negeri, hendaklah menjaga pentadbiran Akta
ini dan Bahagian VI dan VII Akta Hakmilik Strata 1985 dan
hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain yang dikenakan dan
boleh menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan kepadanya oleh
Akta Hakmilik Strata 1985.
(3) Tertakluk kepada apa-apa arahan am atau khas Pesuruhjaya,
kuasa yang diberikan dan tugas yang dikenakan ke atas Pesuruhjaya
oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini boleh dijalankan atau dilaksanakan oleh mana-mana
pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (1).
BAHAGIAN III
PENGURUSAN BANGUNAN ATAU TANAH YANG DICADANGKAN
UNTUK PECAH BAHAGI KEPADA PETAK
Penubuhan Badan Pengurusan Bersama
4. (1) Jika sesuatu bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk
pecah bahagi kepada petak telah disiapkan—
(a) sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan milikan
kosong petak itu telah diserahkan oleh pemaju kepada
pembeli tetapi perbadanan pengurusan belum wujud, suatu
Badan Pengurusan Bersama hendaklah ditubuhkan yang
terdiri daripada pemaju dan pembeli apabila mesyuarat
pertama diadakan tidak lewat daripada dua belas bulan
dari permulaan kuat kuasa Akta ini; dan
(b) pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, suatu
Badan Pengurusan Bersama hendaklah ditubuhkan yang
terdiri daripada pemaju dan pembeli apabila mesyuarat
pertama diadakan tidak lewat daripada dua belas bulan
dari tarikh penyerahan milikan kosong petak itu kepada
pembeli.
(2) Badan yang ditubuhkan oleh subseksyen (1) hendaklah
merupakan suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun
dan mempunyai suatu meterai perbadanan.
(3) Badan boleh membawa guaman dan dibawa guaman
terhadapnya atas namanya.
(4) Badan hendaklah terdiri daripada pemaju dan pembeli.
Kewajipan pemaju untuk mengadakan mesyuarat
5. (1) Menjadi kewajipan pemaju untuk mengadakan mesyuarat
pertama kesemua pembeli.
(2) Pemaju hendaklah memberikan suatu notis bertulis mengenai
mesyuarat pertama kepada semua pembeli tidak kurang daripada
empat belas hari sebelum mesyuarat itu.
(3) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), jika pemaju gagal
mengadakan mesyuarat pertama dalam tempoh yang dinyatakan,
Pesuruhjaya boleh melantik seseorang untuk mengadakan
mesyuarat pertama Badan itu dalam masa yang dinyatakan oleh
Pesuruhjaya.
(4) Pemaju hendaklah, sehingga penubuhan Badan dan tertakluk
kepada peruntukan Akta ini, bertanggungjawab bagi penyenggaraan
dan pengurusan harta.
(5) Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda
tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Mesyuarat pertama Badan Pengurusan Bersama
6. (1) Agenda bagi mesyuarat pertama Badan hendaklah termasuk
perkara yang berikut:
(a) pemilihan pemegang jawatan Jawatankuasa sebagaimana
yang diperuntukkan dalam subseksyen 11(2);
(b) mengesahkan pengambilan alih insurans yang dilaksanakan
oleh pemaju oleh Badan;
(c) tertakluk kepada subseksyen 23(2), menentukan amaun
yang hendaklah dibayar oleh pembeli kepada Kumpulan
Wang Penyenggaraan Bangunan bagi penyenggaraan dan
pengurusan harta bersama bangunan;
(d) penentuan kadar bunga yang kena dibayar oleh pembeli
berkenaan dengan pembayaran lewat caj; dan
(e) apa-apa perkara yang berkaitan dengan penyenggaraan
dan pengurusan harta bersama bangunan.
(2) Kuorum pada mesyuarat pertama Badan hendaklah
merupakan satu perempat daripada pembeli yang telah membayar
caj penyenggaraan berkenaan dengan petak mereka kepada Akaun
Penyenggaraan Bangunan (“anggota yang berhak untuk mengundi”)
pemaju.
(3) Jika dalam masa setengah jam selepas masa yang ditetapkan
untuk mesyuarat itu, kuorum tidak ada, anggota yang berhak untuk
mengundi yang hadir hendaklah membentuk suatu kuorum.
(4) Segala ketetapan pada mesyuarat pertama Badan hendaklah
diputuskan dengan mengangkat tangan.
(5) Walau apa pun subseksyen (4), pembeli bersama tidak
berhak untuk mengundi kecuali dengan cara proksi yang dilantik
secara bersama.
(6) Sekiranya terdapat persamaan undi, pengerusi hendaklah
mempunyai undi pemutus.
(7) Jika selepas satu jam selepas masa yang ditetapkan untuk
mesyuarat, tiada anggota yang berhak untuk mengundi hadir atau
semua anggota yang hadir, kerana apa-apa sebab, enggan menjadi
pemegang jawatan Jawatankuasa, pemaju hendaklah, dalam masa
tujuh hari dari tarikh mesyuarat itu, memberitahu Pesuruhjaya
hakikat itu dan Pesuruhjaya boleh—
(a) menetapkan suatu tarikh baru bagi mesyuarat pertama
Badan; atau
(b) melantik seorang ejen pengurusan di bawah subseksyen
25(1) untuk menyenggara harta bersama bangunan.
Kewajipan Badan untuk memberitahu Pesuruhjaya nama
Badan
7. (1) Badan hendaklah memberitahu dan mendaftarkan nama
Badan dalam masa dua puluh lapan hari dari mesyuarat pertama
dengan Pesuruhjaya.
(2) Pesuruhjaya boleh, atas permohonan oleh Badan, mengeluarkan
suatu perakuan yang memperakui bahawa Badan itu telah ditubuhkan
dengan sewajarnya di bawah Akta ini pada hari yang dinyatakan
dalam perakuan itu.
(3) Penubuhan Badan di bawah Akta ini tidaklah terjejas
sekiranya mesyuarat pertama itu kemudiannya tidak sah,
peruntukan subseksyen 6(1) tidak dipatuhi atau keadaan di bawah
subseksyen 6(7) berlaku.
Tugas dan kuasa Badan Pengurusan Bersama
8. (1) Tugas Badan termasuk yang berikut:
(a) untuk menyenggarakan harta bersama dengan sempurna
dan menjaga harta bersama itu dalam keadaan yang baik
dan pembaikan yang dapat digunakan;
(b) untuk menentukan dan mengenakan caj yang perlu bagi
pembaikan dan penyenggaraan harta bersama dengan
sempurna;
(c) untuk menginsuranskan dan terus menginsuranskan
bangunan itu sebanyak nilai gantian bangunan itu terhadap
kebakaran dan apa-apa risiko lain sebagaimana yang
ditentukan oleh Badan;
(d) untuk menggunakan wang insurans yang diterima oleh
Badan berkenaan dengan kerosakan kepada bangunan
itu bagi bangunan itu dibina semula dan dipulihkan;
(e) untuk mematuhi apa-apa notis atau perintah yang diberikan
atau yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan atau
mana-mana pihak berkuasa awam yang berwibawa yang
menghendaki pemberhentian apa-apa kacau ganggu pada
harta bersama, atau yang memerintahkan kerja pembaikan
atau kerja lain yang kena dilakukan berkenaan dengan
harta bersama itu atau pembaikan lain kepada harta
itu;
(f) untuk menyediakan dan menyenggarakan suatu daftar
kesemua pembeli bangunan itu;
(g) untuk memastikan bahawa Kumpulan Wang Penyenggaraan
Bangunan diauditkan dan untuk menyediakan penyata
kewangan yang teraudit untuk makluman kepada
pembeli;
(h) untuk menguatkuasakan kaedah-kaedah dalaman bagi
penyenggaraan dan pengurusan bangunan dengan sempurna;
dan
(i) untuk melakukan apa-apa perkara lain yang suai manfaat
atau perlu bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan
itu dengan sempurna.
(2) Kuasa Badan hendaklah termasuk yang berikut:
(a) untuk mengutip daripada pembeli caj penyenggaraan dan
pengurusan berkadaran dengan unit syer yang diuntukkan
bagi petak mereka masing-masing;
(b) untuk membenarkan perbelanjaan bagi menjalankan
penyenggaraan dan pengurusan harta bersama;
(c) untuk mendapatkan kembali daripada mana-mana pembeli
apa-apa jumlah wang yang dibelanjakan oleh Badan
berkenaan dengan petak itu dalam mematuhi apa-apa
notis atau perintah sebagaimana yang disebut di bawah
perenggan (1)(e);
(d) untuk membeli, menyewa atau selainnya memperoleh
harta alih atau harta tak alih bagi kegunaan oleh pembeli
berkaitan dengan penikmatan harta bersama mereka;
(e) untuk mengatur dan mendapatkan perkhidmatan mana-mana
orang atau ejen untuk mengusahakan penyenggaraan dan
pengurusan harta bersama bangunan itu;
(f) untuk membuat kaedah-kaedah dalaman bagi penyenggaraan
dan pengurusan bangunan itu dengan sempurna; dan
(g) untuk melakukan segala perkara yang semunasabahnya
perlu bagi pelaksanaan tugasnya di bawah Akta ini.
(3) Badan hendaklah disifatkan—
(a) bagi maksud mengambil apa-apa insurans di bawah
perenggan (1)(c), mempunyai kepentingan boleh insurans
dalam bangunan itu yang sama dengan nilai gantiannya
atau apa-apa nilai sebagaimana yang ditentukan oleh
Badan; dan
(b) bagi maksud mengambil apa-apa insurans di bawah
perenggan (1)(d), mempunyai kepentingan boleh insurans
dalam hal perkara insurans itu.
(4) Jika Badan melakukan apa-apa perbelanjaan atau melaksanakan
apa-apa pembaikan, kerja atau perbuatan yang dikehendaki atau
dibenarkan oleh atau di bawah Bahagian ini dilakukan atau
berbangkit daripada penyampaian kepada Badan, apa-apa notis atau
perintah oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan atau di bawah
mana-mana undang-undang bertulis lain, dan perbelanjaan atau
pembaikan, kerja atau perbuatan itu adalah atau dijadikan perlu
oleh sebab apa-apa perbuatan sengaja atau cuai atau peninggalan
pada pihak, atau pelanggaran mana-mana peruntukan undang-undang
kecilnya oleh, mana-mana pembeli atau penyewanya, penerima
pajak, pemegang lesen atau jemputan, amaun perbelanjaan itu
yang dibelanjakan oleh Badan dalam melaksanakan pembaikan,
kerja atau perbuatan itu boleh didapatkan kembali oleh Badan
daripada pembeli itu.
(5) Keluasan seksyen ini tidaklah menjejaskan mana-mana
peruntukan lain dalam Bahagian ini yang memberikan kuasa
kepada atau mengenakan tugas ke atas Badan.
Mesyuarat agung tahunan
9. (1) Suatu mesyuarat agung tahunan Badan hendaklah diadakan
untuk menimbang Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan
dan untuk menjalankan apa-apa urusan lain yang mungkin
berbangkit.
(2) Mesyuarat agung tahunan hendaklah diadakan sekali dalam
setiap tahun dan tidak lebih daripada lima belas bulan luput antara
tarikh satu mesyuarat agung tahunan dengan yang berikutnya.
Mesyuarat agung luar biasa
10. (1) Suatu mesyuarat agung selain mesyuarat agung tahunan
hendaklah dikenali sebagai mesyuarat agung luar biasa.
(2) Badan—
(a) hendaklah mengadakan mesyuarat agung luar biasa atas
rekuisisi bertulis yang dibuat oleh pembeli yang sama-sama
berhak ke atas sekurang-kurangnya satu perempat
daripada jumlah bilangan petak yang didaftarkan di
bawah seksyen 12;
(b) hendaklah mengadakan mesyuarat agung luar biasa
apabila menerima suatu arahan secara bertulis daripada
Pesuruhjaya bagi menjalankan urusan sebagaimana yang
diarahkan oleh Pesuruhjaya; dan
(c) boleh mengadakan suatu mesyuarat agung luar biasa mengenai
apa-apa hal yang difikirkan patut oleh Badan.
(3) Jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa Badan itu tidak
ditubuhkan dengan sewajarnya, dia boleh memberi kuasa secara
bertulis kepada mana-mana pembeli untuk mengadakan mesyuarat
agung luar biasa bagi apa-apa maksud sebagaimana yang diluluskan
oleh Pesuruhjaya.
Jawatankuasa Pengurusan Bersama
11. (1) Badan hendaklah memilih suatu Jawatankuasa Pengurusan
Bersama yang, tertakluk kepada apa-apa sekatan yang dikenakan
atau arahan yang diberikan oleh Badan di mesyuarat agung, boleh
melaksanakan tugas Badan dan menjalankan urusan Badan bagi
pihaknya, dan boleh bagi maksud itu menjalankan mana-mana
kuasa Badan.
(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada pemaju dan tidak
kurang daripada lima dan tidak lebih daripada dua belas pembeli,
yang hendaklah dipilih di mesyuarat agung tahunan Badan dan
hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga
tahun atau sehingga pembubaran Badan mengikut seksyen 15,
mengikut mana-mana yang terdahulu.
(3) Daripada kalangan anggota Jawatankuasa yang dipilih
di bawah subseksyen (2), maka hendaklah dipilih seorang pengerusi,
seorang setiausaha dan seorang bendahari.
(4) Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi
Jawatankuasa.
(5) Pihak Berkuasa Negeri boleh meminda Jadual Pertama
melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Daftar pembeli
12. Pemaju atau Badan, mengikut mana-mana yang berkenaan,
hendaklah menyenggarakan suatu daftar mengikut bentuk yang
dikehendaki oleh Pesuruhjaya, yang mengandungi butir yang berikut
berkenaan dengan segala petak dalam kawasan pemajuan:
(a) unit syer yang diumpukkan yang hendaklah diuntukkan kepada
setiap petak yang difailkan dengan Pesuruhjaya;
(b) keluasan lantai petak yang disebut dalam perenggan
(a);
(c) nama dan alamat tiap-tiap pembeli dan jika pembeli bukan
seorang pemastautin Malaysia, alamat di Malaysia yang
padanya notis boleh diserahkan ke atas pembeli;
(d) nama dan alamat peguam cara yang bertindak bagi pembeli
dalam penjualan dan pembelian petak itu; dan
(e) bilangan petak yang tidak terjual.
Hak pembeli
13. Atas permohonan oleh atau bagi pihak seseorang yang
merupakan pembeli, atau oleh atau bagi pihak seseorang yang
merupakan bakal pembeli, Badan hendaklah mengeluarkan kepada
orang itu suatu perakuan yang memperakui—
(a) amaun caj yang kena dibayar oleh seseorang pembeli;
(b) masa dan cara pembayaran amaun caj itu;
(c) takat, jika ada, yang caj itu telah dibayar;
(d) amaun, jika ada, yang boleh didapatkan kembali kemudiannya
oleh Badan berkenaan dengan petak itu;
(e) jumlah wang yang terdapat dalam kredit Kumpulan
Wang Penyenggaraan Bangunan dan jumlah wang dalam
akaun itu yang telah dikomitkan atau dirizabkan bagi
perbelanjaan yang telah dilakukan oleh Badan;
(f) jenis pembaikan dan anggaran perbelanjaan, jika ada,
jika Badan telah melakukan apa-apa perbelanjaan atau
hampir melaksanakan apa-apa pembaikan, kerja atau
perbuatan yang berkenaan dengannya suatu liabiliti
mungkin dilakukan oleh pembeli petak itu di bawah
mana-mana peruntukan Akta ini; dan
(g) amaun yang dibayar dan kena dibayar oleh pemaju bagi
petak yang tidak terjual.
Kaedah-kaedah dalaman
14. (1) Badan hendaklah—
(a) menyimpan suatu rekod kaedah-kaedah dalaman yang
berkuat kuasa dari semasa ke semasa;
(b) apabila menerima suatu permohonan secara bertulis yang
dibuat oleh seseorang pembeli atau oleh seseorang yang
diberi kuasa dengan sewajarnya untuk memohon bagi
pihak pembeli suatu salinan kaedah-kaedah dalaman
yang berkuat kuasa, membekali pembeli atau orang yang
diberi kuasa dengan sewajarnya oleh pembeli, pada kos
yang munasabah, suatu salinan kaedah-kaedah dalaman;
dan
(c) atas permohonan mana-mana orang yang memuaskan hati
Badan bahawa dia mempunyai kepentingan yang wajar
dalam memohon sedemikian, menjadikan kaedah-kaedah
dalaman itu boleh didapati untuk pemeriksaan.
(2) Suatu salinan mana-mana kaedah dalaman yang dibuat oleh
Badan dan apa-apa pindaan mana-mana kaedah dalaman yang
berkuat kuasa pada masa ini, yang diperakui sebagai salinan
benar di bawah meterai Badan, hendaklah diserah simpan oleh
Badan dengan Pesuruhjaya dalam masa empat belas hari selepas
ketetapan diluluskan oleh Badan yang meluluskan kaedah-kaedah
dalaman itu.
Pembubaran Badan Pengurusan Bersama
15. (1) Badan hendaklah disifatkan telah dibubarkan tiga bulan
dari tarikh mesyuarat pertama perbadanan pengurusan bagi
bangunan itu.
(2) Badan hendaklah—
(a) tidak lewat daripada satu bulan dari tarikh mesyuarat
pertama perbadanan pengurusan, menyerahkan kepada
perbadanan pengurusan—
(i) kaedah-kaedah dalaman;
(ii) akaun teraudit Kumpulan Wang Penyenggaraan
Bangunan atau, jika akaun itu belum diaudit, akaun
yang belum diauditkan;
(iii) segala aset dan liabiliti Badan; dan
(iv) rekod yang berkaitan dengan dan perlu bagi
penyenggaraan bangunan dan harta bersamanya;
dan
(b) jika hanya akaun yang belum diaudit telah diserahkan
di bawah subperenggan (a)(ii); tidak lewat daripada
tiga bulan dari tarikh mesyuarat pertama perbadanan
pengurusan, menyerahkan kepada perbadanan pengurusan
itu akaun yang diauditkan bagi Badan itu.
(3) Jika Badan gagal mematuhi seksyen ini, tiap-tiap anggota
Badan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan juga boleh didenda
selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari
yang kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
(4) Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh
Badan, maka tiap-tiap anggota Badan itu hendaklah disifatkan telah
juga melakukan kesalahan itu melainkan jika, setelah mengambil
kira segala hal keadaan, dia membuktikan—
(a) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan,
keizinan atau pembiarannya; dan
(b) bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga
yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar
untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
BAHAGIAN IV
AKAUN PENYENGGARAAN BANGUNAN
Pemaju hendaklah membuka dan menyenggarakan Akaun
Penyenggaraan Bangunan
16. (1) Pemaju mana-mana bangunan atau tanah yang dicadangkan
untuk pecah bahagi kepada petak hendaklah, sebelum milikan
kosong diserahkan, membuka, berkenaan dengan kawasan pemajuan
yang di atasnya bangunan itu didirikan, Akaun Penyenggaraan
Bangunan atas nama kawasan pemajuan itu dengan sesuatu bank
atau institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan
Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] atau yang dikawal
selia oleh Bank Negara di bawah mana-mana undang-undang
bertulis yang lain.
(2) Satu Akaun Penyenggaraan Bangunan hendaklah dibuka
bagi setiap kawasan pemajuan.
(3) Setiap Akaun Penyenggaraan Bangunan hendaklah
disenggarakan oleh pemaju sehingga penubuhan Badan bagi
bangunan itu.
(4) Pemaju tidak boleh membuka dan menyenggarakan Akaun
Penyenggaraan Bangunan bersama-sama dengan mana-mana
bangunan lain di luar kawasan pemajuan.
(5) Jika apa-apa pertikaian berbangkit berkenaan dengan Akaun
Penyenggaraan Bangunan, Pesuruhjaya boleh menyelesaikan
pertikaian itu sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.
Kewajipan pemaju tentang Akaun Penyenggaraan Bangunan
17. (1) Seseorang pemaju hendaklah mendepositkan ke dalam
Akaun Penyenggaraan Bangunan—
(a) segala caj yang diterima olehnya daripada pembeli dalam
kawasan pemajuan bagi penyenggaraan dan pengurusan
harta bersama kawasan pemajuan itu; dan
(b) segala caj bagi penyenggaraan dan pengurusan harta
bersama yang hendaklah dibayar oleh pemaju berkenaan
dengan petak-petak dalam kawasan pemajuan yang
tidak terjual, yang merupakan suatu jumlah wang yang
bersamaan dengan caj penyenggaraan yang kena dibayar
oleh pembeli kepada pemaju sekiranya petak-petak itu
dijual.
(2) Pemaju hendaklah—
(a) menyebabkan akaun sepatutnya bagi Akaun Penyenggaraan
Bangunan disimpan berkenaan dengan segala jumlah
wang yang diterima daripada dan segala pembayaran yang
dibuat daripada Akaun Penyenggaraan Bangunan;
(b) melantik seorang juruaudit profesional untuk mengaudit
Akaun Penyenggaraan Bangunan setiap tahun atau dalam
hal jika wang dipindahkan di bawah subseksyen 19(3),
satu bulan sebelum tarikh pemindahan sebenar;
(c) memfailkan suatu salinan penyata akaun yang diperakui
oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit dalam
masa empat belas hari dari pengauditan akaun itu dengan
Pesuruhjaya; dan
(d) membenarkan Pesuruhjaya atau mana-mana orang yang
diberi kuasa oleh Pesuruhjaya secara bertulis untuk
bertindak bagi pihaknya akses penuh dan bebas kepada
rekod pengakaunan dan rekod lain Akaun Penyenggaraan
Bangunan dan untuk membuat salinan atau cabutan rekod
pengakaunan itu atau rekod lain.
(3) Pesuruhjaya hendaklah mempunyai hak untuk melantik
seorang juruaudit syarikat yang diluluskan untuk menyiasat buku,
akaun dan urus niaga sesuatu Akaun Penyenggaraan Bangunan dan
pemaju hendaklah membayar segala perbelanjaan yang dilakukan
bagi maksud itu.
(4) Pemaju hendaklah, apabila sesuatu bangunan disiapkan
dan sehingga Badan ditubuhkan, menginsuranskan dan terus
menginsuranskan bangunan itu terhadap apa-apa kerosakan
bangunan dan terhadap kebakaran serta risiko lain.
(5) Pemaju hendaklah memberi Pesuruhjaya atau mana-mana pihak
berkuasa awam sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri, apa-apa
penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan aktiviti
dan kewangannya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan
dari semasa ke semasa oleh Pesuruhjaya atau Menteri.
(6) Penyata, laporan, akaun dan maklumat hendaklah mengikut
apa-apa bentuk sebagaimana yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya
atau Menteri, dari semasa ke semasa.
(7) Seseorang pemaju yang gagal mematuhi seksyen ini melakukan
suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak
kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada
satu ratus ribu ringgit dan juga boleh didenda tidak melebihi
satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu diteruskan
selepas sabitan.
Wang hendaklah didepositkan ke dalam Akaun Penyenggaraan
Bangunan
18. Pemaju hendaklah mendepositkan segala wang yang diterima
daripada pembeli bagi maksud penyenggaraan dan pengurusan
sesuatu bangunan ke dalam Akaun Penyenggaraan Bangunan
dalam masa dua hari kerja dari penerimaan wang itu.
Wang tidak menjadi sebahagian daripada harta pemaju
19. (1) Segala wang dalam Akaun Penyenggaraan Bangunan,
walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain yang
berlawanan, tidak boleh disifatkan menjadi sebahagian daripada
harta pemaju sekiranya—
(a) pemaju membuat apa-apa komposisi atau perkiraan dengan
pemiutangnya atau mempunyai perintah penerimaan atau
perintah penghukuman dibuat terhadapnya; atau
(b) pemaju itu, sebagai suatu syarikat, telah mengalami
pelikuidasian sukarela atau paksa.
(2) Apabila berlaku mana-mana kejadian yang disebut dalam
subseksyen (1)—
(a) wang dalam Akaun Penyenggaraan Bangunan hendaklah
terletak hak pada pentadbir, penerima rasmi, pemegang
amanah dalam kebankrapan atau pelikuidasi, mengikut
mana-mana yang berkenaan, yang hendaklah digunakan
bagi segala atau mana-mana maksud yang baginya wang
dalam Akaun Penyenggaraan Bangunan dibenarkan
digunakan oleh Akta ini; dan
(b) apa-apa wang yang masih berada dalam Akaun Penyenggaraan
Bangunan, selepas semua pembayaran dibuat menurut
perenggan (a), hendaklah dipegang oleh pentadbir itu.
(3) Mana-mana baki wang yang disebut dalam perenggan (2)(b)
hendaklah dipindahkan ke dalam suatu akaun atas nama Badan
itu.
Larangan ke atas pemungutan caj
20. (1) Tiada seorang pun boleh pada bila-bila masa memungut
apa-apa caj daripada mana-mana pembeli bagi penyenggaraan atau
pengurusan mana-mana bangunan atau tanah yang dicadangkan
untuk pecah bahagi kepada petak dan harta bersama melainkan
jika—
(a) suatu Akaun Penyenggaraan Bangunan telah dibuka atas
nama kawasan pemajuan; dan
(b) milikan kosong petak yang dibeli oleh pembeli telah
diserahkan kepada pembeli itu.
(2) Walau apa pun subseksyen (1), mana-mana pemaju sesuatu
kawasan pemajuan yang telah disiapkan pada atau sebelum
permulaan kuat kuasa Akta ini dan telah, sebaik sebelum tarikh
itu, memungut caj bagi penyenggaraan dan pengurusan sesuatu
bangunan daripada pembeli yang terdapat dalam kawasan pemajuan
itu boleh terus berbuat demikian sehingga Badan ditubuhkan.
(3) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan
suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak
melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Kewajipan pemaju berkenaan dengan caj bagi bangunan yang
disiapkan sebelum permulaan kuat kuasa Bahagian ini
21. (1) Mana-mana pemaju sesuatu kawasan pemajuan yang telah
disiapkan sebelum atau pada permulaan kuat kuasa Akta ini tetapi
yang baginya suatu perbadanan pengurusan belum ditubuhkan
hendaklah, tidak lewat daripada enam bulan berikutan dengan
permulaan kuat kuasa Akta ini mengemukakan kepada Pesuruhjaya
suatu akaun yang diaudit oleh juruaudit profesional mengenai segala
wang yang dipungut dan dibelanjakan bagi maksud penyenggaraan
dan pengurusan harta bersama dan kumpulan wang penjelas, jika
ada, sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.
(2) Pesuruhjaya boleh, atas permintaan oleh pemaju sesuatu
kawasan pemajuan, melanjutkan tempoh yang dinyatakan dalam
subseksyen (1) bagi suatu tempoh lain tidak melebihi tiga
bulan.
(3) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan
suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak
kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada
satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
BAHAGIAN V
KUMPULAN WANG PENYENGGARAAN BANGUNAN
DAN KUMPULAN WANG PENJELAS
Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan
22. (1) Apa-apa wang lebihan dalam Akaun Penyenggaraan
Bangunan selepas pembayaran segala perbelanjaan yang dicajkan
dengan sepatutnya pada Akaun Penyenggaraan Bangunan hendaklah
dipindahkan kepada Badan oleh pemaju tidak lewat daripada satu
bulan dari tarikh penubuhan Badan itu, dan wang itu hendaklah
membentuk suatu kumpulan wang yang hendaklah dikenali sebagai
“Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan” yang hendaklah
disenggarakan oleh Badan itu.
(2) Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan hendaklah
ditadbirkan dan dikawal oleh Badan dan hendaklah terdiri
daripada—
(a) kesemua atau mana-mana bahagian caj penyenggaraan
bagi bangunan itu yang dikenakan oleh atau yang kena
dibayar kepada Badan di bawah Akta ini;
(b) segala wang yang didapati daripada penjualan, pelupusan,
pajakan atau penyewaan, atau apa-apa urusan lain dengan,
mana-mana harta, gadai janji, gadaian atau debentur
yang terletak hak pada atau diperoleh oleh Badan;
(c) segala wang lain dan harta yang boleh mengikut apa-apa
cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak
pada Badan itu berkenaan dengan apa-apa perkara yang
bersampingan dengan fungsi dan kuasanya; dan
(d) segala wang lain yang diterima dengan sah oleh Badan,
termasuk bunga, derma dan amanah.
(3) Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan hendaklah
digunakan semata-mata bagi maksud—
(a) memastikan bahawa harta bersama bangunan berada dalam
keadaan yang baik dan menyenggarakan harta bersama
itu;
(b) membayar perbelanjaan yang dilakukan dalam menyediakan
perkhidmatan pembersihan bagi harta bersama itu,
perkhidmatan keselamatan dan kemudahan bagi penghuni
bangunan itu;
(c) membayar apa-apa premium bagi insurans bangunan itu
terhadap kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran dan
risiko lain;
(d) menjalankan pemeriksaan berkala ke atas keselamatan
bangunan itu mengikut cara yang dinyatakan dalam
dan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
[Akta 133];
(e) pembersihan premis termasuklah mengecat kapur, mengecat
warna atau mengecat harta bersama;
(f) menjalankan pemeriksaan segala sistem pendawaian elektrik
harta bersama itu dan menggantikan mana-mana sistem
pendawaian yang rosak, jika ada;
(g) menjalankan pemeriksaan, penyenggaraan dan pembaikan
tangki air utama;
(h) membayar sewa dan kadar, jika ada;
(i) membayar apa-apa fi yang dilakukan bagi pengauditan
Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan;
(j) membayar segala caj yang semunasabahnya dilakukan bagi
pentadbiran Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan
sebagaimana yang ditentukan oleh Pesuruhjaya;
(k) membayar saraan atau fi ejen pengurusan yang dilantik
di bawah seksyen 25;
(l) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan
sah oleh Badan itu;
(m) membayar elaun dan perbelanjaan lain anggota Badan
dan anggota Jawatankuasa mengikut apa-apa kadar yang
diluluskan oleh Pesuruhjaya;
(n) membayar apa-apa perbelanjaan, kos atau belanja berhubung
dengan pemerolehan barang-barang atau perkhidmatan,
termasuk tetapi tidak terhad kepada pengambilan kerja
pakar runding, fi atau kos guaman dan fi dan kos lain,
yang dilakukan dengan sewajarnya atau diterima oleh
Badan dalam pelaksanaan fungsi Badan dan penjalanan
kuasanya di bawah Akta ini;
(o) membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa
bahan lain, mengambil tanah dan apa-apa aset, dan
mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja
dan pengusahaan lain dalam pelaksanaan fungsi Badan
dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini;
(p) membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan
peruntukan Akta ini; dan
(q) melakukan pada amnya segala perkara yang perlu bagi
penyenggaraan dan pengurusan harta bersama.
(4) Bagi maksud seksyen ini, jika Badan belum ditubuhkan,
sebutan mengenai “Badan” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan
mengenai “pemaju”.
Pembeli hendaklah membayar caj penyenggaraan
23. (1) Pembeli hendaklah membayar caj bagi penyenggaraan
dan pengurusan harta bersama.
(2) Penguntukan caj yang kena dibayar oleh pembeli itu
hendaklah ditentukan oleh Badan berkadaran dengan unit syer
yang diumpukkan.
(3) Apa-apa notis bertulis yang diserahkan kepada pembeli
yang meminta pembayaran caj itu hendaklah disokong oleh suatu
pernyataan caj yang dikeluarkan oleh pemaju atau Badan, mengikut
mana-mana yang berkenaan, yang menyatakan dengan terperinci
kategori belanja yang berkenaan dengannya caj kena dibayar.
(4) Pembeli itu hendaklah, dalam masa empat belas hari dari
penerimaan notis di bawah subseksyen (3), membayar caj yang
diminta.
(5) Jika caj itu terus tidak dibayar oleh pembeli itu
apabila habis tempoh empat belas hari yang dinyatakan dalam
subseksyen (4), pembeli itu hendaklah membayar bunga pada
kadar yang hendaklah ditentukan oleh Badan di bawah perenggan
6(1)(d) tetapi bunga itu tidak boleh lebih daripada 10 peratus
setahun.
Badan Pengurusan Bersama hendaklah membuka dan
menyenggarakan kumpulan wang penjelas
24. Badan hendaklah membuka dan menyenggarakan suatu
kumpulan wang penjelas yang ke dalamnya hendaklah dibayar
apa-apa bahagian caruman kepada Kumpulan Wang Penyenggaraan
Bangunan yang, dari semasa ke semasa, ditentukan oleh Badan
bagi maksud memenuhi liabiliti sebenar atau yang dijangkakan
berkenaan dengan perkara yang berikut:
(a) pengecatan atau pengecatan semula mana-mana bahagian
harta bersama;
(b) pemerolehan apa-apa harta alih bagi kegunaan berhubung
dengan harta bersama;
(c) pembaharuan atau penggantian apa-apa lekapan atau
pemasangan yang terdapat dalam mana-mana harta
bersama; atau
(d) apa-apa perbelanjaan lain sebagaimana yang difikirkan
perlu oleh Jawatankuasa.
BAHAGIAN VI
EJEN PENGURUSAN
Pelantikan ejen pengurusan
25. (1) Jika—
(a) suatu keadaan di bawah subseksyen 6(7) berlaku; atau
(b) Pesuruhjaya berpuas hati, selepas siasatan sewajarnya
dijalankan olehnya atau seseorang yang dilantik olehnya,
bahawa penyenggaraan dan pengurusan sesuatu bangunan
tidak dijalankan dengan memuaskan hati oleh pemaju
atau Badan, mengikut mana-mana yang berkenaan,
Pesuruhjaya boleh melantik, melalui pemberitahuan bertulis,
seorang atau lebih untuk bertindak sebagai ejen pengurusan untuk
menyenggarakan dan menguruskan bangunan selama tempoh yang
dinyatakan oleh Pesuruhjaya.
(2) Seseorang ejen pengurusan yang dilantik di bawah Bahagian
ini hendaklah membuat suatu perjanjian pengurusan dengan pemaju
atau Badan untuk menjalankan kewajipan dan kuasa pemaju atau
Badan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini.
(3) Ejen pengurusan berhak dibayar apa-apa saraan atau fi
sebagaimana yang dipersetujui antara ejen pengurusan dengan
pemaju atau Badan dengan persetujuan Pesuruhjaya, dan saraan
atau fi itu hendaklah dipertanggungkan pada Akaun Penyenggaraan
Bangunan atau Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan, mengikut
mana-mana yang berkenaan.
Kebebasan ejen pengurusan
26. (1) Seseorang tidak boleh dilantik sebagai ejen pengurusan
jika orang itu mempunyai kepentingan profesional atau kewangan
dalam mana-mana bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk
pecah bahagi kepada petak.
(2) Seseorang dianggap sebagai mempunyai kepentingan
profesional atau kewangan dalam mana-mana bangunan atau tanah
jika—
(a) dia bertanggungjawab bagi reka bentuk atau pembinaan
bangunan itu;
(b) dia atau mana-mana penama, pegawai atau pekerjanya
mempunyai apa-apa kepentingan material mengenai
bangunan atau tanah atau mana-mana bahagian bangunan
atau tanah itu;
(c) dia ialah pekongsi atau bekerja dengan seseorang yang
mempunyai apa-apa kepentingan material mengenai
bangunan atau tanah atau mana-mana bahagian bangunan
atau tanah itu; atau
(d) dia atau keluarganya memegang apa-apa kepentingan
mengenai bangunan atau tanah itu atau sebahagian
daripada bangunan atau tanah itu sama ada secara
langsung, sebagai pemegang amanah atau selainnya.
Ejen pengurusan hendaklah menyerah simpan bon
27. Seseorang tidak boleh bertindak sebagai ejen pengurusan
melainkan jika dia telah menyerah simpan dengan Pesuruhjaya
suatu bon mengikut bentuk yang diluluskan oleh Pesuruhjaya dan
bagi amaun yang dinyatakan yang diberikan oleh suatu bank,
syarikat kewangan atau penanggung insurans dan yang mengikat
bank, syarikat kewangan atau penanggung insurans itu untuk
membaiki apa-apa kerosakan yang disebabkan oleh ejen pengurusan
itu akibat kegagalannya untuk menjelaskan wang yang diterima
atau yang dipegang olehnya.
Kuasa dan tugas ejen pengurusan
28. (1) Jika seseorang ejen pengurusan telah dilantik di bawah
seksyen 25, ejen pengurusan itu hendaklah mempunyai kawalan ke
atas wang dalam Akaun Penyenggaraan Bangunan atau Kumpulan
Wang Penyenggaraan Bangunan.
(2) Tertakluk kepada arahan am Pesuruhjaya, ejen pengurusan
yang dilantik hendaklah melaksanakan tugas dan menjalankan
kuasa berkenaan dengan penyenggaraan dan pengurusan bangunan
seolah-olah dia bertindak sebagai pemaju atau Badan.
(3) Menjadi kewajipan seseorang ejen pengurusan untuk
membayar segala wang yang diterima olehnya atas sifatnya sebagai
ejen pengurusan ke dalam Akaun Penyenggaraan Bangunan atau
Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan bagi bangunan itu
dalam masa dua hari kerja dari penerimaan wang itu.
(4) Secepat yang dapat dilaksanakan selepas pelantikannya,
tetapi dalam apa-apa hal tidak lewat daripada satu bulan selepas
pelantikannya, seseorang ejen pengurusan hendaklah menyediakan
dan mengemukakan kepada Pesuruhjaya suatu penyata yang
menunjukkan setakat pada tarikh pelantikannya—
(a) wang yang ada dalam kredit Akaun Penyenggaraan Bangunan
atau Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan;
(b) amaun yang kena dibayar dan terhutang oleh pembeli yang
kena dibayar kepada Akaun Penyenggaraan Bangunan
atau Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan;
(c) apa-apa pendapatan yang didapati daripada harta bersama
bangunan yang kena dibayar kepada Akaun Penyenggaraan
Bangunan atau Kumpulan Wang Penyenggaraan
Bangunan;
(d) apa-apa jumlah wang yang terakru bagi penyenggaraan
dan pengurusan bangunan, yang dibenarkan dibayar
daripada Akaun Penyenggaraan Bangunan atau Kumpulan
Wang Penyenggaraan Bangunan; dan yang masih belum
dibayar.
(5) Seseorang ejen pengurusan yang melanggar subseksyen (3)
atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pemaju tidak dilepaskan daripada obligasinya untuk menjalankan
pembaikan, dsb.
29. Pelantikan seseorang ejen pengurusan tidak boleh melepaskan
pemaju daripada obligasinya—
(a) terhadap pembeli dalam kawasan pemajuannya untuk
menjalankan pembaikan pada harta bersama, membaiki
apa-apa kecacatan, penyusutan atau kerosakan lain pada
harta bersama semasa tempoh liabiliti cacat; dan
(b) menjalankan pembaikan dan kerja pengubahan dan
tambahan untuk memastikan bahawa pemajuan dibina
mengikut spesifikasi dan pelan yang diluluskan oleh
pihak berkuasa berwibawa.
Penamatan perjanjian pengurusan
30. (1) Apabila perjanjian pengurusan yang dibuat di bawah
subseksyen 25(2) tamat, ejen pengurusan hendaklah–
(a) tidak lewat daripada satu bulan dari penamatan itu,
menyediakan dan mengemukakan akaun yang belum
diauditkan bagi Akaun Penyenggaraan Bangunan atau
Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan, mengikut
mana-mana yang berkenaan, kepada Pesuruhjaya dan
menyerahkan suatu senarai lengkap aset dan liabiliti
Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan atau Akaun
Penyenggaraan Bangunan itu dan rekod yang berkaitan
dengan dan perlu bagi penyenggaraan dan pengurusan
bangunan itu kepada Pesuruhjaya; dan
(b) tidak lewat daripada tiga bulan dari penamatan itu,
mengemukakan akaun yang diauditkan bagi Kumpulan
Wang Penyenggaraan Bangunan atau Akaun Penyenggaraan
Bangunan kepada Pesuruhjaya.
(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda
tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.
(3) Sekiranya perjanjian pengurusan tamat, Pesuruhjaya boleh
melantik seorang ejen pengurusan yang lain untuk menyenggarakan
dan menguruskan bangunan itu selama tempoh yang dinyatakan
oleh Pesuruhjaya.
BAHAGIAN VII
DEPOSIT DAN MENDAPATKAN CAJ
Pemaju hendaklah membayar deposit untuk membaiki kecacatan
pada harta bersama
31. (1) Pemaju sesuatu bangunan hendaklah mendepositkan dalam
bentuk wang tunai atau jaminan bank apa-apa jumlah wang yang
ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri dengan Pesuruhjaya bagi
maksud menjalankan apa-apa kerja untuk membaiki apa-apa
kecacatan pada harta bersama di dalam kawasan pemajuan selepas
harta bersama itu disiapkan.
(2) Deposit yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibayar
kepada Pesuruhjaya semasa penyerahan milikan kosong.
(3) Pesuruhjaya boleh menggunakan deposit itu bagi maksud
menjalankan apa-apa kerja yang perlu untuk membaiki apa-apa
kerosakan pada harta bersama di dalam kawasan pemajuan itu.
(4) Jika Pesuruhjaya menentukan bahawa deposit itu tidak
mencukupi untuk membaiki kecacatan pada harta bersama itu,
Pesuruhjaya boleh mengarahkan pemaju supaya mendepositkan
dalam masa empat belas hari apa-apa jumlah wang selanjutnya
sebagaimana yang ditentukan oleh Pesuruhjaya.
(5) Mana-mana deposit yang tidak dibelanjakan hendaklah
dibayar balik kepada pemaju apabila tamat tempoh liabiliti cacat
bagi kawasan pemajuan itu.
(6) Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen
(1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan juga boleh didenda
selanjutnya tidak melebihi lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari
yang kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Mendapatkan caj oleh Badan Pengurusan Bersama
32. (1) Jika caj penyenggaraan menjadi boleh didapatkan oleh
Badan daripada seseorang pembeli menurut kuasa seksyen 23,
Badan boleh menyampaikan kepada pembeli itu suatu notis bertulis
yang meminta pembayaran jumlah wang yang kena dibayar dalam
tempoh, yang tidak boleh kurang daripada empat belas hari dari
tarikh penyampaian notis itu, sebagaimana yang dinyatakan dalam
notis itu.
(2) Jika pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam notis di
bawah subseksyen (1), jumlah wang atau sebahagian daripada
jumlah wang itu masih belum dibayar, Badan boleh menyampaikan
kepada pembeli itu notis bertulis selanjutnya yang menuntut
pembayaran jumlah wang yang kena dibayar itu dalam masa
empat belas hari dari tarikh penyampaian notis itu; dan jika
selepas tamat tempoh tersebut, jumlah wang yang kena dibayar
masih belum dibayar, Badan itu boleh memulakan prosiding dalam
mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa
bagi mendapatkan jumlah wang tersebut atau, sebagai tambahan
atau sebagai alternatif untuk mendapatkannya di bawah seksyen
ini, mengambil jalan keluar dengan mendapatkannya di bawah
seksyen 33.
(3) Jika seseorang ejen pengurusan telah dilantik oleh Pesuruhjaya
di bawah seksyen 25 untuk menyenggarakan dan menguruskan
sesuatu kawasan pemajuan, suatu notis yang dihantar oleh ejen
pengurusan itu hendaklah disifatkan telah dihantar oleh pemaju
atau Badan.
Mendapatkan tunggakan caj
33. (1) Jika amaun caj yang kena dibayar tertunggak selama
enam bulan, Pesuruhjaya boleh, atas permintaan pemaju atau
Badan, mengeluarkan suatu waran penahanan dalam Borang B
Jadual Kedua yang membenarkan penahanan apa-apa harta alih
kepunyaan pembeli yang ditemui di dalam petak atau di tempat
lain di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan.
(2) Tiada waran penahanan boleh dikeluarkan oleh Pesuruhjaya
melainkan jika Pesuruhjaya telah menyampaikan suatu notis
dalam Borang A Jadual Kedua kepada pembeli atau mana-mana
seorang daripada pembeli petak itu, jika lebih daripada satu, yang
meminta pembeli itu membayar tunggakan itu dalam masa empat
belas hari dari penyerahan melalui pos atau penghantaran.
(3) Waran itu hendaklah dilaksanakan oleh seorang pegawai
daripada pejabat Pesuruhjaya yang hendaklah membuat inventori
harta yang ditahan itu dan pada masa yang sama memberikan
notis dalam Borang C Jadual Kedua kepada orang yang pada
masa penahanan itu ternyata merupakan orang yang memiliki
harta itu.
(4) Pegawai itu boleh, pada waktu siang, memecah masuk secara
paksa ke dalam mana-mana petak atau bangunan atau mana-mana
bahagian petak atau bangunan itu bagi maksud melaksanakan
penahanan itu.
(5) Melainkan jika tunggakan dan caj pungutan dibayar dalam
masa tujuh hari dari penahanan harta itu, harta yang ditahan itu
hendaklah dijual melalui lelongan awam.
(6) Jika apa-apa amaun didapatkan oleh Pesuruhjaya di bawah
seksyen ini, Pesuruhjaya boleh memotong daripada amaun itu caj
pungutan itu bagi apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Menteri,
dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri.
(7) Apa-apa amaun yang didapatkan oleh Pesuruhjaya, selepas
pemotongan caj pungutan itu, hendaklah didepositkan ke dalam
Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan secepat yang dapat
dilaksanakan.
(8) Apa-apa lebihan, selepas pemotongan apa-apa amaun oleh
Pesuruhjaya di bawah subseksyen (6), hendaklah dibayar kepada
orang yang, pada masa penahanan itu adalah atau ternyata memiliki
harta itu.
Kegagalan atau keengganan untuk membayar caj
34. Mana-mana orang yang, tanpa apa-apa sebab yang munasabah,
gagal atau enggan membayar caj penyenggaraan dan pengurusan
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda
tidak melebihi lima ribu ringgit dan juga boleh didenda selanjutnya
tidak melebihi lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahan
itu berterusan selepas sabitan.
BAHAGIAN VIII
PELBAGAI
Pewakilan dalam prosiding sivil
35. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain—
(a) dalam apa-apa prosiding sivil oleh atau terhadap Badan;
atau
(b) dalam apa-apa prosiding sivil lain yang Badan dikehendaki
atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau
didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau
didengar,
mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Badan bagi maksud
itu boleh, bagi pihak Badan, memulakan prosiding itu atau hadir
dalam prosiding itu dan boleh membuat segala kehadiran dan
permohonan dan melakukan segala tindakan berkenaan dengan
prosiding itu bagi pihak Badan.
Liabiliti pengarah, dll.
36. Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana
peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan oleh
suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang, pada masa
kesalahan itu dilakukan ialah pengarah, pengurus, setiausaha
atau pegawai seumpama lain pertubuhan perbadanan itu atau
yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu hendaklah, dan juga
pertubuhan perbadanan itu, disifatkan telah melakukan kesalahan
itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah
dilakukan tanpa pengetahuannya atau pembiarannya atau bahawa
dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah
atau bahawa dia telah menjalankan usaha wajar untuk mencegah
pelakuan kesalahan itu.
Penyampaian notis atau perintah
37. Apa-apa notis atau perintah yang dikehendaki disampaikan
pada mana-mana orang di bawah Akta ini boleh disampaikan dan
hendaklah disifatkan telah disampaikan pada orang itu dengan
menyampaikan suatu salinan notis atau perintah itu—
(a) sendiri;
(b) melalui pos berdaftar yang dialamatkan ke alamat perniagaan,
petak atau kediaman yang akhir diketahui orang yang
hendak disampaikan itu; atau
(c) dengan melekatkan notis atau perintah itu pada bahagian
utama di alamat perniagaan, petak atau kediaman yang
akhir diketahui orang yang hendak disampaikan itu.
Kuasa masuk
38. (1) Pesuruhjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa boleh,
pada masa yang munasabah, selepas notis diberikan, memasuki
mana-mana bangunan, tanah atau premis bagi maksud—
(a) menjalankan pemeriksaan atau penyiasatan untuk menentukan
sama ada apa-apa kesalahan di bawah Akta ini telah
dilakukan dan boleh menyita apa-apa buku, akaun atau
dokumen di bawah Akta ini; dan
(b) menjalankan apa-apa kerja yang dikehendaki dijalankan
oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan dengannya
suatu notis telah dikeluarkan di bawah Akta ini dan
terdapat keingkaran dalam mematuhi notis itu.
(2) Tiada bangunan atau premis yang tidak kosong boleh
dimasuki di bawah seksyen ini melainkan jika penghuni atau
wakil penghuni itu hadir semasa kemasukan itu.
(3) Tiada kediaman persendirian boleh dimasuki menurut
kuasa seksyen ini kecuali dengan keizinan pembeli atau selepas
memberikan notis dua puluh empat jam kepada penghuni itu.
(4) Walau apa pun subseksyen (1), (2) dan (3), Pesuruhjaya
atau mana-mana orang yang diberi kuasa boleh, pada segala masa
yang munasabah, memasuki mana-mana bangunan, tanah atau
premis bagi maksud menjalankan apa-apa pembaikan atau kerja
segera kepada bangunan, tanah atau premis itu.
(5) Mana-mana orang yang mengamang, menghalang, menggalang
atau melengahkan Pesuruhjaya atau mana-mana orang yang
diberi kuasa dalam melaksanakan apa-apa kemasukan yang dia
berhak untuk melaksanakannya di bawah Akta ini, atau dalam
melaksanakan apa-apa tugas yang dikenakan atau kuasa yang
diberikan oleh Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh,
apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau
kedua-duanya.
(6) Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 39, “orang yang
diberi kuasa” ertinya mana-mana orang yang diberi kuasa secara
bertulis oleh Pesuruhjaya.
Pemeriksaan orang yang tahu tentang kes
39. (1) Pesuruhjaya atau orang yang diberi kuasa, apabila
menjalankan kuasa penyiasatan di bawah seksyen 38, boleh secara
lisan memeriksa mana-mana orang yang dijangka tahu tentang
fakta dan hal keadaan kes itu.
(2) Orang yang diperiksa oleh Pesuruhjaya atau mana-mana
orang yang diberi kuasa itu adalah terikat di sisi undangundang
untuk menjawab segala soalan yang berhubungan
dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh Pesuruhjaya
atau orang yang diberi kuasa itu, tetapi orang itu boleh enggan
menjawab apa-apa soalan yang jawapannya cenderung untuk
mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau
pelucuthakan.
(3) Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen
ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang
benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat secara keseluruhan
atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan-soalan.
(4) Pesuruhjaya atau orang yang diberi kuasa yang memeriksa
seseorang di bawah seksyen ini hendaklah terlebih dahulu
memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (2) dan
(3).
(5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah
seksyen ini hendaklah, seboleh-bolehnya, diubah ke dalam
bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya
atau ditandakan dengan cap jari ibunya selepas pernyataan itu
dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dibuatnya dan selepas
dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang
dia mahu.
Kuasa untuk mengkompaun
40. (1) Pesuruhjaya boleh mengkompaun apa-apa kesalahan terhadap
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini
dengan memungut daripada orang yang semunasabahnya disyaki
melakukan kesalahan itu sejumlah wang yang tidak melebihi
denda maksimum yang ditetapkan bagi kesalahan itu.
(2) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen
(1), tiada pendakwaan boleh sesudah itu dimulakan berkenaan
dengan kesalahan yang telah dikompaun.
(3) Apa-apa wang yang dibayar kepada Pesuruhjaya di bawah
seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian
daripada Kumpulan Wang Disatukan.
Rayuan kepada Pihak Berkuasa Negeri
41. Mana-mana orang atau badan yang terkilan dengan apa-apa
perbuatan atau keputusan Pesuruhjaya di bawah Akta ini boleh,
dalam masa empat belas hari selepas diberitahu mengenai tindakan
atau keputusan itu, merayu terhadap tindakan atau keputusan itu
kepada Pihak Berkuasa Negeri; dan keputusan Pihak Berkuasa
Negeri adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam
mana-mana mahkamah.
Peraturan-peraturan
42. (1) Menteri boleh, dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri,
membuat apa-apa peraturan sebagaimana yang suai manfaat atau
perlu bagi penjalanan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturanperaturan
boleh dibuat bagi segala atau mana-mana maksud yang
berikut:
(a) menetapkan apa-apa perkara yang dikehendaki ditetapkan
di bawah Akta ini;
(b) mengadakan peruntukan bagi standard penyenggaraan dan
pengurusan yang sempurna berkenaan dengan bangunan
dan harta bersama;
(c) mengadakan peruntukan bagi pembayaran deposit oleh
mana-mana orang yang mendirikan atau membina
sesuatu bangunan untuk memastikan penyenggaraan
dan pengurusan bangunannya yang sempurna dan bagi
pelucuthakan deposit itu;
(d) mengadakan peruntukan bagi caj pungutan oleh
Pesuruhjaya;
(e) menetapkan kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun
dan borang-borang yang hendaklah digunakan dalam
dan kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahankesalahan
itu;
(f) mengadakan peruntukan pada amnya bagi pelaksanaan
fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Badan
di bawah peruntukan Akta ini.
(3) Peraturan-peraturan di bawah seksyen ini—
(a) boleh mengadakan peruntukan bagi peruntukan yang
berlainan bagi jenis bangunan dan harta bersama yang
berlainan; atau
(b) boleh mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain
yang suai manfaat atau perlu bagi maksud Akta ini.
Pendakwaan
43. Tiada pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan
di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan
keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Ketidakpakaian undang-undang bertulis lain, kontrak dan
surat ikatan
44. Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, di dalam sesuatu
kawasan pihak berkuasa tempatan atau sebahagian daripada kawasan
pihak berkuasa tempatan atau di dalam mana-mana kawasan
lain, peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, kontrak
dan surat ikatan yang berhubungan dengan penyenggaraan dan
pengurusan bangunan dan harta bersama setakat yang peruntukan
itu berlawanan dengan peruntukan Akta ini hendaklah terhenti
berkuat kuasa di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan atau
kawasan lain itu.
Berkontrak keluar dilarang
45. (1) Peruntukan Akta ini hendaklah berkuat kuasa walau
apa pun apa-apa ketetapan yang berlawanan dalam mana-mana
perjanjian, kontrak atau perkiraan yang dibuat selepas permulaan
kuat kuasa Akta ini.
(2) Tiada perjanjian, kontrak atau perkiraan, sama ada secara
lisan atau keseluruhannya atau sebahagiannya secara bertulis, yang
dibuat selepas permulaan kuat kuasa Akta ini boleh berkuat kuasa
untuk membatalkan, mengubah atau mengecualikan mana-mana
peruntukan Akta ini.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
46. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan
atau prosiding terhadap Pesuruhjaya atau terhadap mana-mana
pegawai atau ejen Pesuruhjaya berkenaan dengan apa-apa perbuatan,
pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya
dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan
daripada dilakukan olehnya dengan suci hati, atas sifat itu.
JADUAL PERTAMA
[Subseksyen 11(4)]
Masa dan tempat mesyuarat
1. (1) Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuarat seberapa banyak yang
perlu bagi pelaksanaan fungsinya yang cekap dan mesyuarat itu hendaklah
diadakan di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa sebagaimana yang
diputuskan oleh pengerusi, tetapi pengerusi tidak boleh membenarkan lebih
daripada dua bulan luput antara mesyuarat itu.
(2) Pengerusi hendaklah memanggil suatu mesyuarat jika diminta untuk
berbuat demikian secara bertulis oleh Pesuruhjaya atau oleh sekurang-kurangnya
dua anggota Jawatankuasa itu.
Keberterusan jawatan
2. (1) Seseorang hendaklah terus menjadi anggota Jawatankuasa sehingga
orang itu—
(a) meletakkan jawatan;
(b) mati;
(c) menjadi bankrap; atau
(d) tidak lagi menjadi pembeli.
(2) Jika apa-apa kekosongan berlaku dalam Jawatankuasa, anggota yang
ada hendaklah melantik seorang pembeli lain untuk menjadi anggota sehingga
mesyuarat agung tahunan Badan yang berikutnya.
Kuorum
3. Pengerusi dan sekurang-kurangnya separuh daripada bilangan anggota
Jawatankuasa itu hendaklah membentuk suatu kuorum pada mana-mana
mesyuarat Jawatankuasa.
Undi pemutus
4. Jika mengenai apa-apa soal yang hendaklah ditentukan oleh Jawatankuasa
terdapat bilangan undi sama banyak, pengerusi hendaklah mempunyai undi
pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
Jawatankuasa boleh mengundang orang lain untuk menghadiri
mesyuarat
5. (1) Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri
mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Jawatankuasa bagi maksud
menasihati atau membantu Jawatankuasa tentang apa-apa perkara yang sedang
dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak mempunyai
hak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.
(2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar
apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Badan.
Ketetapan Jawatankuasa
6. Sesuatu ketetapan dianggap telah diluluskan dalam suatu mesyuarat
Jawatankuasa jika—
(a) semua anggota Jawatankuasa telah dimaklumkan mengenai ketetapan
yang dicadangkan itu secara bertulis, atau usaha yang munasabah telah
dibuat untuk memaklumkan semua anggota Jawatankuasa mengenai
ketetapan yang dicadangkan itu; dan
(b) ketetapan bertulis itu ditandatangani oleh tiap-tiap anggota Jawatankuasa
itu yang menunjukkan persetujuan dengan ketetapan itu,
dan sekiranya tiada persetujuan oleh tiap-tiap anggota Jawatankuasa, suatu
mesyuarat hendaklah diadakan.
Minit
7. (1) Setiausaha Jawatankuasa hendaklah menyebabkan minit segala mesyuaratnya
disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
(2) Minit mesyuarat Jawatankuasa, jika ditandatangani dengan sewajarnya,
boleh diterima dalam mana-mana prosiding undang-undang sebagai keterangan
prima facie bagi fakta yang dinyatakan dalamnya tanpa bukti selanjutnya.
(3) Tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa berkenaan dengan urusan yang
mengenainya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil
dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak
untuk bertindak dengan sewajarnya.
(4) Suatu Jawatankuasa hendaklah menyebabkan salinan minit semua
mesyuaratnya dikemukakan kepada Pesuruhjaya secepat yang dapat
dilaksanakan.
Tatacara
8. Jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Penzahiran kepentingan
9. (1) Seseorang anggota Jawatankuasa yang mempunyai apa-apa kepentingan
dalam mana-mana perkara yang sedang dibincangkan oleh Jawatankuasa
hendaklah menzahirkan kepada Jawatankuasa hakikat dan jenis kepentingannya
dan sifatnya.
(2) Sesuatu penzahiran di bawah subperenggan (1) hendaklah direkodkan
dalam minit mesyuarat Jawatankuasa dan, selepas penzahiran itu, anggota
yang mempunyai kepentingan dalam perkara itu tidak boleh mengambil
bahagian ataupun hadir dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan
Jawatankuasa.
Kesahan perbuatan dan prosiding
10. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah
Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan—
(a) apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau apa-apa kecacatan dalam
penubuhan, Jawatankuasa;
(b) pelanggaran peruntukan perenggan 8 oleh mana-mana anggota
Jawatankuasa; atau
(c) apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak
menjejaskan merit kes.
Anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Jawatankuasa
11. Anggota Jawatankuasa hendaklah menumpukan masa pada urusan
Jawatankuasa sebagaimana yang perlu untuk menunaikan tugas mereka dengan
berkesan.
JADUAL KEDUA
AKTA BANGUNAN DAN HARTA BERSAMA
(PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2007
BORANG A
[Subseksyen 33(2)]
NOTIS UNTUK MEMBAYAR TUNGGAKAN CAJ
No……………….
Kepada:
………………………………….
………………………………….
………………………………….
Ambil perhatian bahawa tuan dengan ini dikehendaki membayar tunggakan
caj yang kena dibayar bagi tempoh yang berakhir ........…......……
yang berjumlah RM…………………………berserta dengan bunga yang berjumlah
RM ….………………….. yang kena dibayar di bawah subseksyen 23(5)
Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 di
pejabat …………………………………………………….. dalam masa 14 hari
dari penyampaian notis ini; jika ingkar membayarnya dalam tempoh yang
dinyatakan, amaun tunggakan yang kena dibayar berserta dengan bunga
akan didapatkan di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama
(Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007.
Bertarikh …………………hari bulan …………………….20.....
RM sen
Tunggakan Caj … … …
Bunga … … … … …
Jumlah
Seksyen/Mukim ……………………..
No. Lot ………………………..
.…….…………………………..
Pesuruhjaya Bangunan
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 663
AKTA BANGUNAN DAN HARTA BERSAMA
(PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2007
BORANG B
[Subseksyen 33(1)]
WARAN PENAHANAN
Kepada:
………………………………….
………………………………….
………………………………….
Bahawasanya melalui Notis yang mengandungi No………………… yang
diserahkan pada…………………hari bulan .…. 20….. pembeli dikehendaki
membayar pegawai……………………………………………………………….
jumlah wang RM…………………………… yang merupakan tunggakan caj
berserta dengan bunga dan bahawasanya jumlah wang RM……………………..
tersebut telah tidak dibayar;
Ini adalah untuk memerintahkan tuan supaya menahan harta alih pembeli di manamana
jua harta alih itu boleh ditemui di dalam……………………………......
Majlis ……………….……………………………………………. dan juga
apa-apa harta alih, tidak kira sesiapa sahaja harta itu dipunyai yang ditemui
dalam petak……………………………..….. (perihalkan petak) dan melainkan
jika jumlah wang RM……………………………….. tersebut berserta dengan
RM……………………………., kos penahanan ini, dibayar, memegang harta
alih itu sehingga perintah selanjutnya.
Tuan adalah diperintahkan selanjutnya untuk mengembalikan Waran ini pada
atau sebelum………….....…….hari bulan………………… 20 ….… dengan
suatu endorsan yang memperakui tarikh bila dan cara yang mengikutnya
penahanan itu dilaksanakan atau mengapa penahanan itu tidak dilaksanakan.
Diberikan di bawah tandatangan saya pada………..hari bulan………20…..
……………………………
Pesuruhjaya Bangunan
BUTIR-BUTIR TUNGGAKAN DAN CAJ PUNGUTAN
RM sen
Tunggakan bagi bulan, iaitu .…20…...hingga........... 20 ......
Fi Bunga … … … … ...
Caj Pungutan … … … … …
Jumlah
Bangunan dan Harta Bersama
(Penyenggaraan dan Pengurusan)
47
AKTA BANGUNAN DAN HARTA BERSAMA
(PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2007
BORANG C
[Subseksyen 33(3)]
NOTIS DAN INVENTORI
Kepada:
………….................. di alamat………..............………………
No. Petak………………………………………………………………..........
Ambil perhatian bahawa pada hari ini saya menahan harta yang dinyatakan
dalam inventori di bawah bagi jumlah wang RM………….……….
yangmerupakan tunggakan dan caj pungutan yang boleh didapatkan di bawah
Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan)
2007 yang diperincikan di bawah dan bahawa melainkan jika tuan membayar
kepada pegawai……………………........Majlis……………...........……
amaun yang kena dibayar berserta dengan kos penahanan ini dalam masa
7 hari dari tarikh notis ini harta itu akan dijual.
Bertarikh ……………………….hari bulan……………20 ……….
……………………………...
Tandatangan
INVENTORI
RM sen
Kadar semasa bagi 20 … … …
Tunggakan bagi bulan, iaitu ...... 20.... hingga ....... 20....
Caj Pungutan … … … … … .........
Jumlah
(atau perihalan lain yang boleh dikenal pasti).
Posted by Taman Serina at 1:41 PM 0 comments
Labels: akta 663
Subscribe to:
Posts (Atom)