Saturday, February 20, 2010
Vandalisma
Walaupun bangunan in tidak diduduki sepenuhnya (tidak semua unit diduduki) sudah ada tanda-tanda budaya vandalisma sudah mula bertapak di taman ini. Budaya vandalisma harus dibendung dari sekarang sebelum terlambat.
Panel Lif di tingkat 17 sudah dikopek keluar (lihat gambar). Kita sebagai penduduk di sini harus menegur sesiapa saja yang melakukan perkara-perkara begini. Bangunan ini hanya mempunyai dua buah lif sahaja (satu lagi tanda projek tidak memenuhi piawaian minima) jadi kerosakan lif sudah pastinya akan menimbulkan banyak masalah kepada penduduk.
Pihak pemaju atau pihak pentadbiran juga haruslah memaikan peranan mereka seperti menambahkan pelindung (cover) pada panel-panel ini supaya ianya tidak mudah dirosakan. Kutipan caj pentadbiran yang begitu banyak digunakan untuk apa?
Posted by Taman Serina at 11:36 AM
Labels: Vandalisma
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Setuju dengan pandangan anda. Yang penting sekali penduduk-penduduk mestilah mempunyai kesedaran dan sikap yang betul supaya semua kemudahan ini digunakan dengan cara yang betul dan tidak mengakibatkan kerosakan.
Bukan hanya di Tingkat 17, Panel Lif di Tingkat 10 pun sudah hilang.....what happen?????!!!!!
Saya Rasa Ini adalah Tangungjawap Semua Pihak Bukan setakat Menunding Jari Tetapi Berkerjasama Bertimbangrasa Memastikan Keselesaan Semua Terjamin.
Contoh :Perkataan Atau sikap
BUKAN / NOT : Saya Punya , Saya Punya, You punya ,You Punya.
SEPATUTNYA / CORECT : Saya Punya , You Punya , You Punya , Saya Punya Juga.
Dalam Keadaan Kita Tinggal Di Rumah Pangsa Ini Tiada Apa Yang Boleh Kita Katakan : INI SAYA PUNYA. Kerana Yang Hanya Kita Punya Hanya Pintu Dan Tingkap Rumah Kita Sahaja.
Cuba Fikir Fikirkan Lah.
Sekian
En Mohamad Amin Bin Abdul kadir
Serina Bay Apartment
Post a Comment