Sunday, May 9, 2010

Pam Air di tingkat 13

Sebagaimana yang kita semua maklum pengaliran air di sesuatu bangunan memerlukan Pam.Pam-pam ini akan diletakan di beberapa lokasi tertentu mengikut keperluan teknikal (saya tak dapat menjelaskan dengan terperinci sebab saya bukan pakar dalam bidang ini).


Di Taman Serina saya difahamkan di tingkat 13 juga terdapat Pam-Pam sedemikian.Jadi apa masalahnya? sebab perkara ini biasa saja anggap saya (anggapan orang awam ataupun laymen term).Tetapi bukan semua yang duduk di Taman Serina tidak berpengetahuan dalam bidang teknikal macam saya. Saya dapat berjumpa dengan seorang penduduk yang mempunyai pengetahuan dalam ha-hal sebegini dan dia menjelaskan dengan terperinci apakah masalah Rumah Pam di tingkat 13 itu.


Dia membawa saya terus ke tingkat 13.Apabila saya sampai dihadapan Rumah Pam itu kaki saya mula bergegar dan saya pun tanya kepada dia mengapa lantai ini bergegar dia pun menjawab dengan selamba "you sudah tua".


Sebenarnya tujuan dia membawa saya ke rumah pam itu adalah untuk saya rasa dan lihat sendiri gegaran di Rumah Pam itu.Yang lebih mengejutkan saya ialah pintu Rumah Pam itu tidak berkunci.Kami pun melangkah masuk ke dalam Rumah Pam itu. Gegaran lantainya begitu ketara sedangkan saya (orang awam ataupun laymen) pun boleh jamin jika getaran ini berpanjangan untuk tempoh tertentu pasti lantai itu akan roboh. Getaran itu sudahpun mengakibatkan retakan keatas unit-unit berhampiaran. 


Apa yang menjadi persoalan penduduk Taman Serina ialah apakah mekanisma pam yang digunakan menepati piawaian? Ataupun Rumah Pam ini direka dan dipasang oleh orang macam saya (orang awam ataupun laymen) ? Bagi pendapat saya gegaran yang berlaku adalah berpunca daripada kesilapan pemilihan pam yang sesuai. Maksud saya Jurutera-Jurutera pembinaan mesti ada formula perkiraan untuk memilih pam yang sesuai untuk mengelakan gegaran pada bangunan.Kesilapan begini tidak seharusnya berlaku melaikan orang yang merekacipta Rumah Pam itu adalah perkerja asing yang tidak bertauliah.  

1 comments:

serinabayresidencecomplaint said...

Bagi Pendapat Saya , Rumah Pam Selalunya Ada Dibawah Bukanya Diatas Kerana Air Akan Dipam Ketas Untuk Mengisi Tangki Yang Ada Diatas Bumbung Flat.

Saya Rasa Jika Pihak Tuan Sudah Melihat Berlaku Retakan Pada Dinding Yang Disebabkan Oleh Gegaran Yang terhasil Dari Pam Ini Lebih Baik Tuan Mengambil Gambar Dan Ajukan Kepada Pihak Management Dan CC: Kepada Pejabat SUK Komtar.

Buat Surat Menerangkan Impak Yang Terhasil Dari Gegaran Ini Dan Minta Mereka Menghantar Jurutera Mereka Turun Untuk Melihat Masaalah ini Dan Memberikan Jaminan Bertulis jika Mereka Mengatakan Ini Adalah perkara Biasa Yang tidak akan Menyebabkan Kehilangan Nyawa Dan Malapetaka Terhadap Penduduk disitu.

Pihak Jawatan Kuasa Penduduk Pula Harus Memantau Dan Melihat Perjalanan Process Tindakan Lanjut Ini berjalan Baik Dan Mempunyai Segala Laporan bertulis tentang Keputusan Pemeriksaan Ini. Pihak JKP Juga Perlu Meminta Satu Surat Jaminan Yang Kedudukan Dan keadaan Rumah Pam Ini Adalah selamat Pada Kedudukannya Dan Tidak Akan Menyebabkan Kerosakkan Dan kehilangan Nyawa Penduduk disitu Secara Bertulis.