Tuesday, December 29, 2009

Penceroboh / Trespassers

Penceroboh
Semalam (28 Dec 2009) lebih kurang jam 10.00malam saya keluar dari rumah dan berdiri di hadapan pintu rumah saya untuk menikmati pemandangan indah di hadapan rumah. Tiba-tiba seorang lelaki dan wanita muncul di hujung sebelah kiri saya dekat dengan tangga, apabila mereka melihat saya , mereka pun patah balik dan berjalan dengan cepat meninggalkan tempat itu. Saya pun turun ke bawah untuk memberitahu Pengawal Keselamatan yang bertugas tetapi Pengawal Keselamatan tiada di tempatnya.


Siapakah mereka ini ? Mereka nampak macam pekerja Vietnam di kilang yang berhampiran. Persoalanya apa mereka buat di Taman Serina? Dan mengapa mereka lari melihat saya? Apakah tujuan mereka merayau-rayau di banguanan ini ? Dimana pengawal keselamatan? Kita sebagai penduduk harus berwaspada terhadap apa yang berlaku di kawasan kita dan mengambil tindakan yang sewajarnya.




Trespassers

Last night (28 Dec 2009) approximately 10.00P.M. I come out from my unit and standing in the corridor to enjoy the beautiful scenery. All the sudden a man and women appeared on my left sight near the staircase, when they saw me standing they started to walk fast and left the place. I went down to inform the Security Guard but the Security Guard was not there.

Who are there? They look like Vietnamese workers in nearby factory. The question is what are they doing in Taman Serina? And why they scared when they saw me? What is their intention roaming around in this building? Where is the Security Guard? We as residents have to be alert all the time and take necessary action.

Monday, December 21, 2009

Kebersihan / Cleanliness

Kawasan persekitaran kita ini semakin lama semakin kotor. Ramai juga yang buang sampah dari atas.Tidak kurang juga dalam Lif, ada yang kencing ,ada yang ludah dan juga buang sampah. Bagaimana kita nak hidup dalam suatu suasana yang bersih?. Apakah kita tidak malu membuang sampah merata-rata tempat? Ini adalah tempat kita tinggal dan membesarkan anak-anak kita. Jadi bersama-samalah kita menjaga kebersihan dan keselamatan kawasan kita.

Our neighborhood is getting untidy day by day. There are people throwing rubbish from upper floors, smoking inside the lift and also spiting inside the lift. How to live in such an environment? Don’t we feel shy throwing rubbish all around the area. This is the place we live and raise our children’s. So together we take care of our neighborhood.

Wednesday, December 16, 2009

Apakah peranan pejabat pentadbiran?/What is the role of Management?

Masalah pengurusan Taman Serina bagaimana mengatasinya?
Sejak kebelakangan ini beberapa masalah timbul akibat kelekaan pihak pentadbir. Siapa harus dipersalahkan? Saya difahamkan oleh kakitangan pejabat pentadbiran bahawa S.U.K ataupun setiausaha kerajaan negeri tidak membuat bayaran kepada pihak pentadbiran Taman Serina selama 8 bulan, kalau tidak silap semua penghuni dikehendaki membuat bayaran maintanace untuk 5bulan sebelum mengambil kunci unit (mana perginya duit ini)  . Ini juga satu masalah. Bagi pandangan saya jika perkara ini berulangan lebih baik menubuhkan persatuan penduduk dan mentadbir bangunan ini sebagaimana yang dilakukan oleh Taman Serina Condo.  

Management inefficiency in Taman Serina how to overcome?
Lately a number of problems occurred due to inefficiency of the management. Whose fault is it? I was told by the management staff that S.U.K. (in full Setiausaha kerajaan Negeri} didn’t make any payment for the last 8 months to the management of Taman Serina. If I am not wrong the house buyer has to pay 5 month of maintenance fee in advance before they can obtain the unit key (where is the money gone). This is another problem. In my opinion to prevent problems like this from repeating, it’s a good idea to form a resident association and manage this building like the residents in Taman Serina Condo.

Monday, December 14, 2009

Pecah rumah

Baru-baru ini saya dapat berkenalan dengan beberapa orang penduduk disini.Dalam rancak bersembang salah seorang darinya menceritakan pengalamannya di Taman Serina. Lebih kurang tiga bulan sudah rumahnya depecah masuk oleh pencuri. Sebulan kemudian motosikal abangnya dicuri. Apa yang sedang berlaku ini semuanya membimbangkan penduduk. Apakah tindakan selanjutnya? Pandangan anda amat dihargai.    

Tuesday, December 8, 2009

Awas Pencuri

Saya difahamkan hari ini bahawa ada seorang pencuri mencuri lampu-lampu dan paip air dan sebagainya di Taman Serina semalam. Persoalanya mana perginya pengawal keselamatan yang bertugas? Walaubagaimanapun kita sebagai penduduk harus berjaga-jaga dan laporkan kepada polis jika kita lihat aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

Lift /Lif


Hi All,
I was surprised to see the condition of the lift. I believe this building is been occupied less than a year. The door has been scratched with bad words. This lift belongs to all the residents. We as a resident plays a very important role in keeping our neighborhood clean, safe and convenient. At the same time the management should take necessary action to curb unhealthy activities.

Hi Semua,
Saya terkejut apabila melihat keadaan Lif. Saya percaya bangunan in diduduki oleh penduduk kurang dari satu tahun. Pintu diconteng dengan kata-kata kesat. Lif ini milik kita bersama. Kita sebagai penghuni haruslah memainkan peranan yang penting dalam menjaga jiran tetangga kita dalam keadaan bersih, selamat dan selesa. Pada masa yang sama pihak pentadbiran juga harus mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mencegah perkara-perkara yang tidak sihat dari berlaku.

Monday, December 7, 2009

Apa yang terjadi kepada penghuni J.K.R?

Apa yang terjadi kepada penghuni J.K.R?
Saya tolong ceritakan apa yang berlaku kepada penghuni JKR. Mereka yang tinggal di sini sebelum bangunan ini dibina.Disebabkan oleh beberapa pemimpin persatuan penduduk yang tidak jujur mereka berjaya dipujuk untuk meninggalkan ataupun menggosongkan tempat ini.Penhuni disini pada masa itu rata-rata terdiri daripada golongan pendapatan rendah dan berpendidikan sederhana percaya kepada yang digelar sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan bertindak untuk kepentinggan peribadi lalu menggosongkan tempat itu.

Tidak dinafikan bahawa kerajaan BN sedikit sebanyak membantu penduduk-penduduk disini. Seperti memberi elaun perumahan sebanyak RM 300. Mereka mencari tempat sendiri untuk menyewa dan dengan janji untuk tawaran seunit di Taman Serina dengan potongan harga sebanyak 30% dari harga jualan asal dan 5% tambahan kepada bumi.Adakah mereka ini benar-benar menikmati segala keistimewahan ini ataupun hanya tinggal janji kosong? Bacalah seterusnya untuk mengetahui kebenaran.

Di samping itu ada perkara lain juga berlaku, sesetengah penduduk memohon agar mereka ditempatkan di PPR Jalan Zainal Abidin. Kerajan BN dengan senang hati memenuhi kehendak mereka ini . Mereka diberkan tempoh untuk tinggal disini selama dua tahun dengan janji projek Taman Serina akan disiapan dalam atau kurang dari 2 tahun.

Mengapa saya kata dengan senang hati? Semua penduduk harus menerima sebanyak RM 300 sebagai elaun rumah , tetapi sewa di PPR Jalan Zainal Abidin hanya RM124.Sudah semestinyalah pihak yang terlibat senang hati .Dan akhirnya Taman Serina siap dibina dan pendududk JKR ditawarkan seunit di Flat Taman Serina (bukan kondo) dengan harga RM 40.000 dan RM69.000.Ini adalah harga jualan untuk mereka yang terlibat dalam penempatan semula penghuni JKR. Harga untuk orang ramai pula RM42,000 dan RM72,000 sahaja .Mana perginya janji discount 30% dan tambahan 5% untuk bumi.Penduduk JKR tidak menerima apa-apa keistimewaan dari mana-mana pihak malah mereka dibebankan lagi.

Biarkan semua itu, sekarang kita lihat apa yang berlaku selepas tawaran pembelian dibuat. Sebagaimana saya ceritakan sebelum ini PPR Jalan Zainal Abidin hanya dibenarkan untuk dihuni selama dua tahun dengan janji projek Taman Serina akan disiapak sebelum tempoh masa ini.Tetapi pada hakikatnya mengambil masa lebih daripada itu. Mengapa kelewatan sebegini boleh berlaku ? Tiada penjelasan.Apabila penduduk JKR menerima surat tawaran projek ini sudahpun lewat lebih dari 6 bulan. Memeranjatkan penduduk-penduduk ini lagi, apabila mereka menerima notis menuntut bayaran sewa untuk tempoh pendudukan yang melebihi 2 tahun. Sekali lagi penduduk-penduduk ini jadi mangsa dan dibebankan.Silap siapa ini? Mengapa penduduk JKR harus membayar untuk kesilapan orang lain.Oleh sebab mereka tiada pilihan lain mereka pun buat bayaran. Apabila mereka hendak mengambil kunci mereka terperanjat sekali lagi apabila mereka diminta buat bayaran penyelenggaran untuk lima bulan sebelum mendapatkan kunci. Keseluruhan senario disini hanya membebankan rakyat sahaja. Projek-projek seperti ini harus membantu rakyat bukanya membebankan. Fikir-fikirkanlah.

Sunday, December 6, 2009

What happened to residents from J.K.R.?

What happened to residents from J.K.R.?
Let me tell you all what happened to residents from J.K.R. The people who stayed here in this piece of land before this building was erected, due to some dishonest committee leaders the residents here has been persuaded to leave. The residents which comprises largely from low income group and averagely educated at that time believed and trusted the irresponsible so called leaders and vacate the place.
No doubt the BN government helped the residents in some way. Like provide assistance in cash for moving out from here and RM 300 housing allowance. They find their own place to rent with a promise they will be offered a place in Taman Serina with a discounted price. 30% from actual selling price plus 5% bumi discount. Do they really enjoyed this offer or it only remains as a promise? Continue reading you will find out.
In between this something else also happened, some of the residents demanding a unit in PPR Jalan Zainal Abidin. To please these residents the BN government actually fulfills this request happily with two years tenancy with promise Taman Serina should be completed within this period.
Why I say happily? All the residents should be receiving RM 300 as a housing allowance, but then what happened? The rental in PPR Jalan Zainal Abidin is only RM 124 . Of course the government was happy and the person in charge of this have achieve a great deal. And finally Taman serina was completed and the people from JKR was offered a unit in Taman Serina Flat(not the condo) at a price of RM 40.000 and RM 69.000 .This is the actual selling price for both JKR residents and non JKR residents (plus minus of RM2.000) so the JKR residents don’t receive any privilege as promised. It’s ok. Now let’s look at what happened after the offer was made.
As I told you earlier the unit in PPR Jalan Zainal Abidin is only allowed for two years and with a promise Taman Serina will be completed within 2years. But the actual fact it took more than that. Why is the delay? No explanation. When the JKR residents receive the offer letter the project was already delayed more than six months. To shock the residents they received a warning notice claiming to pay for whatever period of stay more than two years. Again the residents were victimized and burdened. Whose fault is this? Why the residents have to pay for somebody else’s mistake. But they have no choice they paid. When they went to collect the key they were shocked again , they were asked to pay five months of maintenance fee before they can collect the key. This entire scenario actually burdened the poor Rakyat instead of getting some help. If the people really have the kind of money why they have wait and go through all the hassles.

Sunday, November 29, 2009

Welcome to Taman Serina

This blog is created with intention to post all the happenings in this neighborhood.