Monday, December 14, 2009

Pecah rumah

Baru-baru ini saya dapat berkenalan dengan beberapa orang penduduk disini.Dalam rancak bersembang salah seorang darinya menceritakan pengalamannya di Taman Serina. Lebih kurang tiga bulan sudah rumahnya depecah masuk oleh pencuri. Sebulan kemudian motosikal abangnya dicuri. Apa yang sedang berlaku ini semuanya membimbangkan penduduk. Apakah tindakan selanjutnya? Pandangan anda amat dihargai.    

5 comments:

Anonymous said...

Kalau begini keselamatan kawasan kita terancam.

Ah Kong Financing and Investment Berhad said...

disebabkan pengawas-pengawas yang sedang bertugas tidak bertanggungjawab akan pekerjaan mereka. kebelakangan ini tiada seorang pengawas bertugas langsung, ini memang mengecewakan penduduk-penduduk di Taman serina yang membayar Maintainance Fee yang buta sahaja.

Anonymous said...

Memang betul kata Ah Kong.Pengawal-pengawal semuanya kerja ikut suka dan selalu menghilangkan diri.Jika begini keadaan apa gunanys ada pejabat pentadbiran.

Anonymous said...

Dimana kekuatan kita sebagai penduduk? Kita semua haruslah bersatu hati dan bertemu dengan ketua pejabat pentadbiran untuk memberi penjelasan.Keselamatan kawasan perumahan kita adalah pentiing. Jika tiada tindakan diambil kita haruslah bertemu dengan Pejabat Perumahan untuk mengambil tindakan selanjutnya. Bersedialah kita.

Ah Kong Financing and Investment Berhad said...

telah mengadu kepada pejabat perumahan tapi dibalaskan dengan jawapan "kami juga tidak dapat membuatkan apa-apa juga". Apakah peranan sebenar Pejabat perumahan? Kerja perubahsuaian dilakukan pada hari Ahad and waktu malam juga tidak dipendulikan. Pejabat perumahan waktu buka ialah pada pukul 9pagi tapi sampai puku 9.30pagi juga tidak buka lagi. Pada hari Sabtu tutup pada waktu 1pm tapi belum sampai 12.30pm sudah tutup. Haiz memeng mengecewakan kami sahaja.