Apa yang terjadi kepada penghuni J.K.R?
Saya tolong ceritakan apa yang berlaku kepada penghuni JKR. Mereka yang tinggal di sini sebelum bangunan ini dibina.Disebabkan oleh beberapa pemimpin persatuan penduduk yang tidak jujur mereka berjaya dipujuk untuk meninggalkan ataupun menggosongkan tempat ini.Penhuni disini pada masa itu rata-rata terdiri daripada golongan pendapatan rendah dan berpendidikan sederhana percaya kepada yang digelar sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan bertindak untuk kepentinggan peribadi lalu menggosongkan tempat itu.
Tidak dinafikan bahawa kerajaan BN sedikit sebanyak membantu penduduk-penduduk disini. Seperti memberi elaun perumahan sebanyak RM 300. Mereka mencari tempat sendiri untuk menyewa dan dengan janji untuk tawaran seunit di Taman Serina dengan potongan harga sebanyak 30% dari harga jualan asal dan 5% tambahan kepada bumi.Adakah mereka ini benar-benar menikmati segala keistimewahan ini ataupun hanya tinggal janji kosong? Bacalah seterusnya untuk mengetahui kebenaran.
Di samping itu ada perkara lain juga berlaku, sesetengah penduduk memohon agar mereka ditempatkan di PPR Jalan Zainal Abidin. Kerajan BN dengan senang hati memenuhi kehendak mereka ini . Mereka diberkan tempoh untuk tinggal disini selama dua tahun dengan janji projek Taman Serina akan disiapan dalam atau kurang dari 2 tahun.
Mengapa saya kata dengan senang hati? Semua penduduk harus menerima sebanyak RM 300 sebagai elaun rumah , tetapi sewa di PPR Jalan Zainal Abidin hanya RM124.Sudah semestinyalah pihak yang terlibat senang hati .Dan akhirnya Taman Serina siap dibina dan pendududk JKR ditawarkan seunit di Flat Taman Serina (bukan kondo) dengan harga RM 40.000 dan RM69.000.Ini adalah harga jualan untuk mereka yang terlibat dalam penempatan semula penghuni JKR. Harga untuk orang ramai pula RM42,000 dan RM72,000 sahaja .Mana perginya janji discount 30% dan tambahan 5% untuk bumi.Penduduk JKR tidak menerima apa-apa keistimewaan dari mana-mana pihak malah mereka dibebankan lagi.
Biarkan semua itu, sekarang kita lihat apa yang berlaku selepas tawaran pembelian dibuat. Sebagaimana saya ceritakan sebelum ini PPR Jalan Zainal Abidin hanya dibenarkan untuk dihuni selama dua tahun dengan janji projek Taman Serina akan disiapak sebelum tempoh masa ini.Tetapi pada hakikatnya mengambil masa lebih daripada itu. Mengapa kelewatan sebegini boleh berlaku ? Tiada penjelasan.Apabila penduduk JKR menerima surat tawaran projek ini sudahpun lewat lebih dari 6 bulan. Memeranjatkan penduduk-penduduk ini lagi, apabila mereka menerima notis menuntut bayaran sewa untuk tempoh pendudukan yang melebihi 2 tahun. Sekali lagi penduduk-penduduk ini jadi mangsa dan dibebankan.Silap siapa ini? Mengapa penduduk JKR harus membayar untuk kesilapan orang lain.Oleh sebab mereka tiada pilihan lain mereka pun buat bayaran. Apabila mereka hendak mengambil kunci mereka terperanjat sekali lagi apabila mereka diminta buat bayaran penyelenggaran untuk lima bulan sebelum mendapatkan kunci. Keseluruhan senario disini hanya membebankan rakyat sahaja. Projek-projek seperti ini harus membantu rakyat bukanya membebankan. Fikir-fikirkanlah.
Monday, December 7, 2009
Apa yang terjadi kepada penghuni J.K.R?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment