Monday, January 25, 2010

Merokok Dalam Lif

Hi Semua,
               Saya ternampak beberapa orang penduduk Taman ini sering hisap rokok dalam lif. Saya pernah tergur beberapa orang daripadanya. Malangnya orang yang sering mengadu bahawa bau dalam lif ini busuk tetapi dia sendiri yang hisap rokok dalam lif. Inilah sikap manusia. Kita haruslah tunjukan contoh-contoh yang baik supaya orang lain dapat mengikutinya. Ini tidak contoh yang ditunjukkan pun tidak baik malah boleh "complain" bau dalam lif busuk. Orang ini saya percaya bukan pemilik unit dia hanya menyewa unit di Taman ini. Kita sama-samalah menegur sesiapa yang hisap rokok dalam lif. 

Thursday, January 14, 2010

Penagih Dadah atau Pengawal Keselamatan?

Hi Semua,
               Ini ada satu masalah besar di Taman Serina. Semua pekerja-pekerja yang memakai T-Shirt FA Resources adalah penagih dadah.Mengapa saya kata begitu? sebab saya sendiri yang nampak mereka bergilir-gilir menghisap dadah jenis yang dihisap dengan rokok daun.Mereka tak takut atau malu orang ramai tengok mereka.Tapi itu bukan masalah saya. Masalah saya ialah tempat tinggal saya iaitu Taman Serina dicemari dengan aktiviti yang paling tak sihat ini. Ini adalah permulaan dadah bertapak di Taman ini. Kita sebagai penduduk haruslah berwaspada dan berjaga-jaga.
             Mengapa pihak pentadbiran ataupun SUK tidak sedar akan perkara-perkara sebegini? ataupun mereka sengaja tidak ambil tahu.Bagaimana kita sebagai penduduk di Taman ini hendak menaruh kepercayaan terhadap pengawal keselamatan yang tak boleh harap ini? Saya harap pihak yang bertanggungjawab  bertindak secepat mungkin sebelum kejadian-kejadian yang lebih aneh berlaku.