Showing posts with label retak. Show all posts
Showing posts with label retak. Show all posts

Saturday, February 20, 2010

Retak

Bangunan Taman Serina telah menunjukan banyak kecacatan dari segi kualiti pembinan.Walaupun ianya satu projek kos rendah tetapi saya percaya ianya tidak memenuhi piawaian kualiti minima. Satu contoh ketara yang dapat dilihat dengan mata kasar ialah keretakan pada dinding koridor. Walaupun pihak pemaju cuba menutup kecacatan ini beberapa kali dengan tampalan-tampalan yang tiada kualiti namun ianya begitu ketara kelihatan. Apakah tindakan selanjutnya? Adakah kecacatan ini akan diperbaiki dengan sepenuhnya atau tunggu sehingga perkara yang tidak dingini berlaku sebelum tindakan diambil oleh pihak yang bertanggungjawab.