Sejak kebelakangan ini Taman Serina dibanjiri dengan penghuni-penghuni warga asing. Apakah mesej yang dibawa oleh fenomena ini?. Dasar kerajaan untuk membantu rakyat tidak tercapai ataupun kerajaan membantu orang yang tidak memerlukan bantuan?
Kebanjiran warga asing dengan jelas memberi mesej kepada kita bahawa kebanyakan pemilik unit di Taman Serina memiliki lebih dari sebuah rumah.Oleh sebab itulah mereka boleh menyewa unit mereka.Tetapi apa yang membimbangkan pemilik rumah yang menghuni di Taman Serina ialah gejala sosial.
Ramai penghuni di sini terdiri daripada warga Vietnam dan Bangladesh. Persoalannya apakah kerajaan atau pihak yang bertanggungjawab tidak menetapkan satu garis panduan untuk pembeli rumah kos rendah ini?
Jikalau perkara ini dibiarkan begitu sahaja mungkin Taman Serina akan dikenali dengan nama lain (saya tidak berminat untuk menyebutnya)
Showing posts with label warga asing. Show all posts
Showing posts with label warga asing. Show all posts
Tuesday, March 30, 2010
Warga Asing
Posted by Taman Serina at 7:34 PM 2 comments
Labels: warga asing
Subscribe to:
Posts (Atom)