Saturday, June 9, 2012

Awas Pencuri

Awas Pencuri


Perhatian kepada semua penduduk Taman Serina.

Sila ambil perhatian , ada seorang pencuri berkeliaran pada siang hari di perkarangan Flat Taman Serina. Berkulit gelap, Tinggi dan kurus. Sentiasa memakai topi keledar. Dia menyamar dengan menggatakan motosikalnya kehabisan minyak dan memerlukan 2ringgit . Dia akan berjalan dengan memakai topi keledarnya dari rumah ke rumah dengan alasan yang sama sambil memerhatikan kandungan dalam dan luar rumah untuk merancang masa yang sesuai untuk pecah masuk. Oleh yang demikian penduduk Flat Taman Serina haruslah berhati-hati dan melaporkan kepada pihak polis jika terserampak dengan orang-orang yang berkelakuan luar biasa. Keselamatan Flat Taman Serina adalah tanggungjawab kita semua.

0 comments: