Showing posts with label Vandalisma. Show all posts
Showing posts with label Vandalisma. Show all posts

Saturday, February 20, 2010

Vandalisma


Walaupun bangunan in tidak diduduki sepenuhnya (tidak semua unit diduduki) sudah ada tanda-tanda budaya vandalisma sudah mula bertapak di taman ini. Budaya vandalisma harus dibendung dari sekarang sebelum terlambat.

Panel Lif di tingkat 17 sudah dikopek keluar (lihat gambar). Kita sebagai penduduk di sini harus menegur sesiapa saja yang melakukan perkara-perkara begini. Bangunan ini hanya mempunyai dua buah lif sahaja (satu lagi tanda projek tidak memenuhi piawaian minima) jadi kerosakan lif sudah pastinya akan menimbulkan banyak masalah kepada penduduk.

Pihak pemaju atau pihak pentadbiran juga haruslah memaikan peranan mereka seperti menambahkan pelindung (cover) pada panel-panel ini supaya ianya tidak mudah dirosakan. Kutipan caj pentadbiran yang begitu banyak digunakan untuk apa?