Tuesday, March 30, 2010

Warga Asing

Sejak kebelakangan ini Taman Serina dibanjiri dengan penghuni-penghuni warga asing. Apakah mesej yang dibawa oleh fenomena ini?. Dasar kerajaan untuk membantu rakyat tidak tercapai ataupun kerajaan membantu orang yang tidak memerlukan bantuan?

Kebanjiran warga asing dengan jelas memberi mesej kepada kita bahawa kebanyakan pemilik unit di Taman Serina memiliki lebih dari sebuah rumah.Oleh sebab itulah mereka boleh menyewa unit mereka.Tetapi apa yang membimbangkan pemilik rumah yang menghuni di Taman Serina ialah gejala sosial.

Ramai penghuni di sini terdiri daripada warga Vietnam dan Bangladesh. Persoalannya apakah kerajaan atau pihak yang bertanggungjawab tidak menetapkan satu garis panduan untuk pembeli rumah kos rendah ini?

Jikalau perkara ini dibiarkan begitu sahaja mungkin Taman Serina akan dikenali dengan nama lain (saya tidak berminat untuk menyebutnya)    

2 comments:

Unknown said...

Untuk keselamatan bagi penghuni-penghuni yang duduk di Taman Serina ini, saya berharap pihak kerajaan boleh mengambil tindakan dengan secepat mungkin.

serinabayresidencecomplaint said...

bagi Pendapat Saya Isu Ini adalah Masaalah Policy Kerajaan Negeri Ataupun Pihak berkuasa Tempatan Kerana Bagi projek Perumahan Taman Serina Ini Adalah Projek Kerajaan Negeri dan Tujuan Projek Ini Adalah Untuk Mengantikan Rumah Rumah Yang Diambil Pemaju Untuk Projek Serina Bay Dan Juga Projek Highway Jelutong . Sedangkan Penentuan Penempatan Penduduk Di Taman Serina Ini Dilakukan Sepenuhnya Oleh Pihak berkuasa Tempatan Iaitu MPPP.Jadi Mengenai Penguatkuasan Atau Sekatan Dalam Menyewakan Rumah Kepada Pendatang asing Ini Boleh Dikuatkuasakan Oleh MPPP Sendiri Dalam Kontrak Pampasan Sebagai Syarat .
"State Consent".

Mengenai Masaalah Pendatang Dan Masaalah Social Pula Saya Cadangkan Bolehlah Persatuan Penduduk Taman serina Membuat Laporan Bertulis Mengenai Masaalah Masaalah Yang Dihadapi Penduduk Kepada Pihak Emigresen Negeri.Mereka Boleh Buat Satu Operasi Bersama Persatuan Penduduk Tentang Kesahihan Mereka Yang Tidak Berpermit Disitu.

Persatuan Penduduk Juga Boleh Berhak Membuat Bancian Sendiri Rumah Ke Rumah Mengambil Butir Butiran Peribadi Pendatang asing Ini Sebagai Penyewa Disitu. Persatuan juga Boleh Mengeluarkan Surat rasmi Kepada Tuan Punya Rumah Yang menyewakan Kepada Pendatang asing ini Mengenai Isu Isu Keselamatan Penduduk Lain Yang Dia Secara Tidak Langsung Bertanggungjawab Jika sebarang Masalah Berlaku Melibatkan Penyewa Rumahnya.

Sekian

Mohamad Amin Bin Abdul Kadir
Serena Bay apartment