Wednesday, April 13, 2011
Saturday, November 27, 2010
Friday, August 27, 2010
Sunday, May 9, 2010
Pam Air di tingkat 13
Di Taman Serina saya difahamkan di tingkat 13 juga terdapat Pam-Pam sedemikian.Jadi apa masalahnya? sebab perkara ini biasa saja anggap saya (anggapan orang awam ataupun laymen term).Tetapi bukan semua yang duduk di Taman Serina tidak berpengetahuan dalam bidang teknikal macam saya. Saya dapat berjumpa dengan seorang penduduk yang mempunyai pengetahuan dalam ha-hal sebegini dan dia menjelaskan dengan terperinci apakah masalah Rumah Pam di tingkat 13 itu.
Dia membawa saya terus ke tingkat 13.Apabila saya sampai dihadapan Rumah Pam itu kaki saya mula bergegar dan saya pun tanya kepada dia mengapa lantai ini bergegar dia pun menjawab dengan selamba "you sudah tua".
Sebenarnya tujuan dia membawa saya ke rumah pam itu adalah untuk saya rasa dan lihat sendiri gegaran di Rumah Pam itu.Yang lebih mengejutkan saya ialah pintu Rumah Pam itu tidak berkunci.Kami pun melangkah masuk ke dalam Rumah Pam itu. Gegaran lantainya begitu ketara sedangkan saya (orang awam ataupun laymen) pun boleh jamin jika getaran ini berpanjangan untuk tempoh tertentu pasti lantai itu akan roboh. Getaran itu sudahpun mengakibatkan retakan keatas unit-unit berhampiaran.
Apa yang menjadi persoalan penduduk Taman Serina ialah apakah mekanisma pam yang digunakan menepati piawaian? Ataupun Rumah Pam ini direka dan dipasang oleh orang macam saya (orang awam ataupun laymen) ? Bagi pendapat saya gegaran yang berlaku adalah berpunca daripada kesilapan pemilihan pam yang sesuai. Maksud saya Jurutera-Jurutera pembinaan mesti ada formula perkiraan untuk memilih pam yang sesuai untuk mengelakan gegaran pada bangunan.Kesilapan begini tidak seharusnya berlaku melaikan orang yang merekacipta Rumah Pam itu adalah perkerja asing yang tidak bertauliah.
Posted by Taman Serina at 8:47 AM 1 comments
Labels: rumah pam
Tuesday, March 30, 2010
Warga Asing
Sejak kebelakangan ini Taman Serina dibanjiri dengan penghuni-penghuni warga asing. Apakah mesej yang dibawa oleh fenomena ini?. Dasar kerajaan untuk membantu rakyat tidak tercapai ataupun kerajaan membantu orang yang tidak memerlukan bantuan?
Kebanjiran warga asing dengan jelas memberi mesej kepada kita bahawa kebanyakan pemilik unit di Taman Serina memiliki lebih dari sebuah rumah.Oleh sebab itulah mereka boleh menyewa unit mereka.Tetapi apa yang membimbangkan pemilik rumah yang menghuni di Taman Serina ialah gejala sosial.
Ramai penghuni di sini terdiri daripada warga Vietnam dan Bangladesh. Persoalannya apakah kerajaan atau pihak yang bertanggungjawab tidak menetapkan satu garis panduan untuk pembeli rumah kos rendah ini?
Jikalau perkara ini dibiarkan begitu sahaja mungkin Taman Serina akan dikenali dengan nama lain (saya tidak berminat untuk menyebutnya)
Posted by Taman Serina at 7:34 PM 2 comments
Labels: warga asing
Sunday, March 14, 2010
Railing (staircase)
Posted by Taman Serina at 10:06 PM 0 comments
Labels: Raililing
Sunday, March 7, 2010
Banners / kain iklan
Satu lagi pemandangan yang mencemarkan Taman Serina!. Masalah pemasangan kain iklan merata-rata tempat tanpa kebenaran pihak berkuasa adalah satu kesalahan tetapi pihak berkuasa tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menaggalkannya. Lebih-lebih lagi pihak pentadbiran Taman Serina tidak pedulikan kai-kain iklan yang dipasang sekeliling pagar Taman Serina.Yang paling menyakitkan mata memandang ialah kain iklan yang dipasang diatas bangunan Taman Serina sendiri.
Another ugly site in Taman Serina!. Putting up banners without permission from authorities is an offence but then the relevant authorities also didn’t take any action. The management of Taman Serina also not bothered about banners fixed on the fencing around Taman Serina. The worst sight is banners fixed on the building itself.
Posted by Taman Serina at 1:24 AM 0 comments
Labels: banner


















